Viral

Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi per4ngai tak serupa… enggan hanyut dengan pujian – “Pernah berg4duh, tapi sekejap saja”

KEMBAR seiras yang berusia 20 tahun ini tak pernah menyangka mereka akan meraih populariti di media sosial.

Menurut Wan Fais Fayzan Wan Azmi, dia dan kembarnya, Wan Fais Faraqhan terkejut apabila mula meraih perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai rezeki yang tak disangka-sangka.

Bercerita kepada mStar, si abang yang mesra disapa Fais mended4hkan dia menerima pelbagai mesej di media sosial, termasuklah daripada kaum hawa yang mahu berkenalan dengannya.

“Saya tutup ruangan mesej di TikTok, jadi ramai yang direct message (DM) di Instagram. Ada juga yang nak berkenalan.

“Buat masa sekarang saya tak fikir mengenai jodoh. Nak fokus kerja dulu. Saya rasa masih terlalu muda. Setakat ini belum ada calon, tapi saya target nak kahwin umur 25,” ujarnya berseloroh.

Selain mesej untuk berkenalan, Fais berkata dia dan kembarnya turut menerima komen pujian mengenai paras rupa yang dikatakan tampan.

Namun katanya, dia dengan penuh rendah hati menerima segala komen dengan hati terbuka dan bersyukur masih tidak mempunyai ‘haters’ sehingga ke hari ini.

 

Fais enggan memikirkan soal jodoh sebaliknya mahu bekerja keras mencari rezeki terlebih dahulu.

Selain itu kata Fais, dia turut terkejut apabila ada yang meminta kebenaran untuk merakam foto bersama apabila dia keluar ke tempat umum.

“Saya juga ada tengok komen pujian. Saya baca saja. Saya terima dengan rasa rendah diri, saya tak rasa bangga pun. Alhamdulillah, kami juga tidak menerima sebarang kecaman sehingga ke hari ini.

Kami memang rapat. Pernah berg4duh, tapi sekejap saja. Kami tak pernah terpisah sejak dulu.

FAIS

“Bila dah viral, saya pergi mall pun ada orang minta nak bergambar. Tapi sebelum ambil gambar, saya nyatakan kepada mereka bahawa saya bukan artis. Tapi boleh saja kalau nak ambil gambar bersama,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Fais berkata, dia dan Paan kini sedang bekerja dengan syarikat penghantaran J&T di Pasir Tumboh, Kelantan.

Ujar Fais, dia dan kembarnya tidak pernah berpisah sejak kecil sehingga kini turut berkecimpung dalam lapangan kerja yang sama.

 

Paan berkata, dia memiliki sifat yang bertentangan dengan abangnya.

“Kami memang rapat. Pernah berg4duh, tapi sekejap saja. Kami tak pernah terp1sah sejak dulu. Sekarang kami berdua sama-sama kerja J&T. Kembar saya yang kerja dulu, kemudian bos nak cari orang, dia ajak saya. Kami berdua kerja di bahagian kaunter.

“Baru sebulan kami bekerja. Sebelum ini kami sama-sama ambil Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Baru habis tingkatan enam. Saya pun ada hasrat nak sambung belajar, tapi nak kumpul duit dulu.

“Kalau ada rezeki, InsyaAllah nak sambung belajar ke peringkat Ijazah,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

 

Pasangan kembar ini meraih pengikut tersendiri selepas tular di TikTok.

Sementara itu, kembarnya yang mesra disapa Paan mendedahkan mereka berdua mempunyai perbezaan yang sangat ketara.

Jelas anak kelahiran Bachok itu, dia merupakan seorang yang terbuka dan ramah manakala Fais sangat pemalu khususnya apabila berada dalam kalangan orang tak dikenali.

“Sebelum ini pun kami pernah viral. Tapi kali ini kami dikenali sebagai Abang J&T. Bila keluar dan orang pandang-pandang, ada juga rasa segan.

“Cuma Fais dia jenis pemalu. Kalau jumpa orang tak kenal, dia biasanya terus diam. Saya tak pemalu sangat.

“Paling penting bagi saya, setiap kali kami buat video di TikTok, saya tak nak buat perkara yang menimbulkan kemar4han orang. Tak nak orang tak suka kami,” jelasnya lagi.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *