Hiburan

Allah lebih menyayanginya- Azmi Saat

BAYI sulung penyanyi Azmi Saat yang berusia tiga hari men1ngg4l dun1a selepas mengalami mas4lah kesihatan kira-kira pukul 12.00 tengah hari, Khamis.

Baru sahaja menimang cahaya mata sulung berusia tiga hari, anak vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saatyang diberi nama Afnan dilaporkan men1ngg4l dun14.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Azmi sebentar tadi menerusi Instagram miliknya. Sekitar pagi tadi, Azmi memaklumkan anaknya mengalami masalah kesihatan.

“Selepas alat bantuan pern4fasan dic4but, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga naf4s terakhir.

“Afnan sah men1ngg4l dun1a beberapa minit kemudiannya…

 

“Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu. Doktor syak otak Afnan tidak berfungsi sebab dia tak bergerak,” kongsi Syah sewaktu berkongsi kiriman mesej yang dikirimkan Azmi kepadanya.

 

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran anak pertama selepas penantian selama 10 tahun, penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad diuji selepas anak mereka, Khairul Afnan dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tidak sihat. Kami sedang diuji. Allah SWT mudahkan urusan kami sewaktu proses mengandung, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami.

“Allah SWT mudahkan proses bersalin, tetapi sekarang Allah SWT nak uji kami,” ujarnya.

 

Kata vokalis kumpulan Caliph Buskers itu lagi, jika sebelum ini Allah SWT letakkan rasa teruja dalam hatinya bersama isteri, namun kini mereka diuji pula oleh Allah SWT.

“Itulah Allah SWT pemilik sekalian alam. Dia yang Maha merancang dan Maha mengetahui segalanya,” ujar Azmi.

Pinta pelantun lagu Hanya NamaMu itu, dia memohon kepada peminatnya untuk mendoakan kesejahteraan anaknya supaya diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah SWT makbulkan doanya. Tolong doakan semoga Afnan sihat dan Allah SWT berikan yang terbaik buat kami.

“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuanNya,” jelas Azmi.

Sumber: mStar via Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button