Viral

Inai masih merah, pengantin baru pengs4n di h0spital selepas tengok keadaan suami kem4lang4n – “Pihak sana seolah tak h1rau keadaan kami”

KETIKA inai di jari masih belum hilang warnanya, pasangan pengantin baru ini diuji dengan hebat.

Baru 10 hari melayari alam rumah tangga, si suami ceder4 par4h kerana terlibat dengan kem4langan jalan raya yang mengakibatkannya terlantar sehingga kini.

Menurut Ummin Kalsom Ramli, suaminya, Mohd Irfan Mohd Remli, 25, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai milik sepupunya, sebelum motosikal yang ditunggangi dil4nggar oleh sebuah kereta.

Akibat kem4langan tersebut, suaminya yang merupakan pekerja bagi sebuah syarikat penyelenggaraan jalan raya mengalami luka par4h di tangan kanan, keced3raan pada tulang tengkuk dan hampir 80 peratus anggota badan pada sebelah kanannya pat4h.

Tr4gedi tersebut berlaku pada 4 Julai lalu, 10 hari selepas pasangan ini diijabkabulkan pada 25 Jun.

Hampir tiga bulan berlalu, namun segala-galanya masih jelas terlayar di hadapan mata wanita berusia 26 tahun ini.

“Saya menetap bersama ibu mentua di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Malam tu sementara tunggu suami pulang, kami bersembang sampailah ke tengah malam. Selalunya bersembang tak sampai lewat pun.

“Baru je nak letak kepala dekat bantal, saya dapat panggilan mengatakan suami kem4langan. Teruslah kami bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, macam-macam benda bermain dalam kepala tapi saya harap keadaanya tak ter0k.

“Tapi sebaik saja tengok dia depan mata dekat hospital, terus saya reb4h dan pengsan. Dengan tangan kanannya yang par4h dan tubuh berlvmuran dar4h. Tak sangka keced3raannya tak seperti yang saya fikirkan,” ujarnya yang senang disapa Ummin.

 

Suami Ummin ceder4 par4h akibat dil4nggar kereta dan ditempatkan di unit rawatan rapi (1CU) selama 11 hari.

Menurut wanita ini, selepas tiga siri pembed4han dan rawatan, keadaan suaminya bertambah baik namun masih terl4ntar sehingga kini.

Demi sayang, wanita ini berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh perhatian sepanjang tempoh rawatan dan proses pemulihan suaminya.

“Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami untuk beri kata-kata sokongan dan semangat kepadanya. Pernah beberapa kali dia d0wn dan sedih sebab keadaannya tak sama macam dulu.

 

Ummin setia berada di sisi sehingga sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada suaminya.

“Setiap kali itulah, saya akan pujuk dan tegaskan yang saya tak akan tinggalkannya. Dia sak1t, saya pun terasa sakitnya. Ini ujian buat kami berdua dan biarlah hadapi bersama-sama.

“Sememangnya kekangan yang kami hadapi ketika ini adalah dari sudut kewangan memandangkan kami berdua tidak bekerja sekarang. Alhamdulillah ada kawan-kawan suami yang pemurah dan baik hati, keluarga dan orang terdekat yang prihatin.

“Cuma terkilan sedikit apabila pihak di sana seolah-olah tak hirau keadaan kami sedangkan dia yang mel4nggar dan dilaporkan di bawah peng4ruh d4d4h. Bab itu, saya hanya mampu serah kepada Allah,” ujarnya yang sebelum ini bekerja di stesen minyak.

Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami.

UMMIN KALSOM RAMLI

ISTERI

Tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai, Ummin dalam masa sama meluahkan rasa terharu kerana tidak putus-putus menerima kata-kata semangat dan doa daripada netizen.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada yang doakan kesembuhan suami, dan kata-kata semangat untuk kami walaupun tak saling mengenali.

 

Ummin tetap berharap agar suaminya pulih seperti dahulu meskipun mengambil masa yang lama.

“Harapan saya satu saja, nak tengok suami sembuh seperti dulu walaupun doktor kata mungkin ambil masa setahun lebih juga. InsyaAllah suami akan jalani pembed4han keempat pada November depan. Teruslah doakan kami.

“Buat orang di luar sana, hati-hati memandu kenderaan, jadi pemandu berhemah dan janganlah pentingkan diri hingga bah4yakan nyawa orang lain. Ingatlah mereka juga ada isteri serta keluarga,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *