“Macam-Macam Perasaan Bila Kali Pertama Dengar Suara Baby”- Azmi Saat Dapat Anak Selepas 10 Tahun

Penantian 10 tahun penyanyi Azmi Saat untuk menimang cahaya mata berakhir apabila isterinya, Naziah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 9.09 pagi tadi.
Azmi bersyukur dan mendapati perasaannya bercampur baur apabila mendengar suara anak sulungnya yang dilahirkan secara pembed4han.
“Alhamdulillah pukul 9.09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.
“Urusan pembed4han berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby,” katanya.
Azmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Azmi memuat naik foto bersama bayi lelakinya.
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Caliph Busker itu sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” ucapnya.
Terdahulu, Azmi ada memaklumkan dia memilih tarikh hari ini untuk isterinya melahirkan bayi pertama mereka sempena dengan ulang tahun kelahirannnya.
Untuk rekod, pasangan cacat penglihatan atau OKU (Orang Kurang Upaya) ini mendirikan rumah tangga pada 2011.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda