Hiburan

“Tak perlu surat rentas negeri” – Vie Shantie Khan ke Janda Baik

KUALA LUMPUR: Selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.

Menurutnya, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.

“Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksinasi ok?,” ujarnya.

 

Luah Vie, sebaik saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah sudah dibenarkan, dia rasa bersyukur kerana dapat melepaskan beban rindu untuk meluangkan masa bersama ahli anggota keluarga.

“Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengisytiharkan semua aktiviti riadah dah boleh buka ‘pelitup muka’. Kami menjadi orang pertama yang merasmikan bersama anak-anak di Janda Baik semalam (11 September).

“Hanya 30 minit dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang sudah terlalu lama berkurung di rumah. Bukan kami saja yang seronok dapat masuk hutan, tapi orang hutan pun suka tengok kami,” luahnya di Instagram.

 

Walaupun pada perkongsian berkenaan Vie menutup ruangan komen tersebut, tapi pada hantaran gambar aktiviti riadah berbeza, ibarat “pelitup muka” sudah dibuka, majoriti melayangkan komen dan persoalan kerana tidak berpuas hati terhadap pengusaha fesyen muslimah yang didakwa “lolos” ke destinasi itu.

 

Sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button