Hiburan

Sajat Sudah ditah4n , Rupanya Takt1k pakai purdah dan n1qab Berjaya l0los ke Bangk0k

Kuala Lumpur: Memakai purdah dan niqab menjadi t4ktik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas usaha memburvnya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan P0lis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan mengenakan pakaian sedemikian selain dibantu seorang lelaki, Nur Sajat melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.

 

Skuad Khas Harian Metro menjejaki semula laluan digunakan Nur Sajat yang dipandu arah lelaki terbabit yang dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.

Sumber memaklumkan, selepas gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, war4n tangk4p terhadap usahawan kosmetik itu dikeluarkan mahkamah.

“Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

“Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Sias4tan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, dengan bantuan lelaki itu, Nur Sajat dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

 

“Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lol0s ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

“Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand,” katanya.

Ditanya bagaimana Nur Sajat dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu lol0s ke Thailand pada Mac lalu.

“Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lol0s ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. “Pihak berkuasa yakin dia lol0s sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, sias4tan mengenai Nur Sajat berjaya lolos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.

 

“Saya tdak mahu ulas bagaimana dia boleh lol0s di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.

“Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purd4h dan n1qab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit,” katanya.

Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.

“Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis,” katanya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *