Viral

Berani kerana bisnes… wanita satu mata kumpul semangat t0njol diri di media s0sial! Dulu sering diej3k budak lelaki tapi jodoh kan rahsia Yang Esa

SETIAP insan yang dilahirkan di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Menurut Nur Aqilah Natasha Md Zambri, 22, dia yang dilahirkan dengan keadaan sebelah matanya tertutup reda dengan ketentuan Allah dan menerima kekurangan itu sebagai satu keistimewaan buat dirinya.

Dia yang mesra disapa Tasha sempat bercerita lanjut kepada mStar mengenai perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah bergelar isteri orang pada Mei lalu.

“Mata saya memang macam ni sejak dalam kandungan lagi. Sejak lahir dah tertutup terus sebelah mata. Dulu pernah terfikir juga nak buat pembedahan, tapi rasanya lagi baik biarkan begini saja.

“Kalau masa tadika dulu, ada juga rasa segan. Tapi bila dah sekolah rendah dan sekolah menengah, saya mula terbiasa dan tak kisah jika ada yang mengej3k.

“Biasanya budak-budak lelaki ej3k saya. Kalau berg4duh, mereka akan cakap saya tak ada mata. Awal-awal tu memang stres dan sedih.

“Saya juga tanya ibu kenapa dilahirkan macam ni. Lama-lama saya mula terima kekurangan diri. Saya tak boleh lemah untuk teruskan hidup,” ujarnya.

Selepas menamatkan sekolah menengah, Tasha sempat mengikuti pengajian dalam bidang jahitan di Kolej Yayasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan.

Namun, dia memilih haluan berbeza dan mula berniaga produk kecantikan sejak tiga tahun lalu.

 

Tasha baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Menurut Tasha, bisnes juga menjadi salah satu punca utama dia yakin dan berani untuk menonjolkan dirinya yang sebenar di media sosial sehingga mengumpul lebih 116,000 pengikut di TikTok.

“Mula-mula saya buat content biasa saja. Saya cuba tonjolkan diri. Kemudian saya buat content untuk perkenalkan bisnes saya.

“Saya dah biasa dengan kehidupan luar, dah biasa juga dengan mulut-mulut orang. Jadi saya tak ambil hati jika ada yang komen mengenai mata saya.

Walau tak ada kaki mahupun tangan, kita tetap kena teruskan hidup.

TASHA

“Kalau ada yang tanya, saya akan jelaskan. Setakat ini belum ada kecam4n atau h1naan. Banyak komen positif. Saya rasa terharu, sampai tak tidur malam nak baca komen,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tasha juga sempat menitipkan pesan buat individu yang senasib dengannya agar tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk terus bergerak maju.

“Walaupun ada kekurangan, anggap saja kita seperti orang biasa. Sebab semua orang ada kekurangan masing-masing.

 

Tasha sudah terbiasa menerima soalan mengenai keadaan matanya dan dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu.

“Tak perlu malu atau rasa kita kurang berbanding orang lain. Kita semua sama, Allah ciptakan manusia semua sama, kita diperbuat daripada tanah.

“Walau tak ada kaki mahupun tangan, kita tetap kena teruskan hidup,” ujarnya.

Mengenai dirinya, Tasha dan suami, Mohd Asyraf Johan, 24, kini menetap di Kota Tinggi, Johor.

Mereka mula berkenalan sejak zaman sekolah namun mula rapat sekitar dua tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga pada 31 Mei 2021.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *