Hiburan

Masuk Ke Pantai Dengan Riang Dan Somb0ng” – Kereta Kamal Adli Terbenam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli berkongsi memori mencuit hati kenderaan lasak empat pacuan jenis Triton terbenam di pesisiran pantai ketika air surut, semalam.

Menurut pelakon drama Scammer yang sedang berada di Kuantan, Pahang itu, dia sudah lama tidak menggunakan Triton.

Ia bertujuan untuk diuji kelebihan yang sinonim dengan aktiviti lasak dan berkebolehan dipandu pada permukaan bumi yang tidak rata.

Pun begitu, siapa sangka kenderaan gagah berkenaan tiba-tiba lemah hampir ditelan lumpur pantai.

 

“Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini.

Kawan cakap boleh guna jalan pantai pergi beli keropok. Masuklah ke pantai dengan riang dan sombongnya.

“Kereta aku pacu menyusuri pantai angin. Aku terus memandu sehingga hujung pantai sambil membuat Donut (gelaran keretanya) satu pusingan.

“Pada pusingan kedua Donut aku menjadi badak berendam termasuk dalam lumpur, malunya inilah kisah aku. Terima kasih kepada abang-abang Triton semua! Selamat!,” luahnya di Instagram.

Menerusi perkongsian hantaran beberapa keping gambar, dapat dilihat beberapa orang awam di kawasan tersebut berganding bahu dan bekerjasama.

Ini bagi membantu kereta lasaknya itu ditarik naik ke permukaan kering dengan menggunakan jentera.

 

Menjengah di rungan komen, majoriti pengikut, peminat dan rakan-rakan selebriti terhibur dengan perkongsian Kamal.

Dan ada juga yang beranggapan Kamal sedang menjalani sesi penggambaran komersial kereta.

Bercerita soal masa depan bersama Pose, pemilik nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli itu berkata, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown sudah beransur ‘pulih’ dan rentas negeri dibenarkan, dia akan segera memperisterikan kekasih yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose.

Tunaikan yang wajib

Buat masa sekarang, semua orang termasuk dirinya perlu patuh dengan ‘undang-undang’ yang ditetapkan kerajaan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

“Kalau dah lama sangat (lockdown), kita teruskan dengan apa yang wajib dahulu. Tetapi sekarang ini, kita tunggu dan tengok dahulu bagaimana situasi Cvd-19 negara.

“Kita hormat apa yang sedang berlaku sekarang. Tak mahulah main ‘langgar’, nanti orang cakap kita kayanganlah, saman itu ini. Kita tak nak perkara macam itu,” kata Kamal.

Jelas mantan juara Hero Remaja 2007/2008 itu lagi, kalau bukan disebabkan lckdown, dia sudah menjawat status sebagai suami kepada Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29.

“Memang tiada tarikh spesifik (kahwin) lagi sekarang. Tak boleh nak cakap apa. Kalau tak sebab lockdown, minggu depan (minggu ini) rasanya kami kahwin.

“Kami tak nak benda ini (kahwin) dibuat secara ala kadar. Tunggu masa sesuai, nanti akan diumumkan.

Insya-Allah kalau benda dah betul-betul akan diteruskan, kami akan cakap balik perkara ini,” tutur pelakon asal Pekan, Pahang itu.

Dedahnya lagi, perancangan mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, semua perancangan bergantung kepada keadaan pandemik Cvd-19 negara.

“Kami dah bayar semuanya. Memang tak boleh nak tarik balik duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.

“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang cuma 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti,” kata Kamal yang mula dikenali menerusi menerusi drama adiwira, Bio-Nik sekitar 2009.

 

RAMAI masih menantikan pengumuman tarikh sebenar pernikahan antara Kamal dan Uqasha biarpun negara terus dihambat permasalahan pandemik Cvd-19

KAMAL mahu majlis perkahwinannya bersama Uqasha menjadi sebuah momen indah yang boleh dikenang sampai ke akhir hayat.

UTUSAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *