Hiburan

Dulu macam har1mau, sekarang manja seperti kucing… Yusuf Bahrin berjaya lembutkan hati Zizi Kirana – “Walau berbeza usia tapi dia sangat matang”

SIAPA sangka perkenalan singkat penyanyi Zizi Kirana dengan pelakon Yusuf Bahrin berakhir di jenjang pelamin selepas pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada pagi Ahad.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sepanjang dua bulan mengenali hati budi masing-masing, Yusuf merupakan satu-satu lelaki yang berjaya melembutkan hatinya sehingga menukar karakter diri.

“Sepanjang saya mengenali lelaki lain, saya berani kata Yusuf satu-satunya lelaki yang berjaya menukar karakter sebenar diri saya.

“Rasanya semua orang tahu sebelum ini berperwatakan saya agak kasar, orang kata macam gangster… ibaratnya macam harimau tapi sekarang dah jadi kucing.

“Yusuf berjaya melembutkan hati saya untuk teruskan hubungan ini ke alam perkahwinan. Lagipun tak salah bercinta selepas berkahwin kan?” katanya kepada mStar.

 

Zizi terbuka hati menerima Yusuf kerana sikapnya yang matang.

 

Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Yusuf seorang yang sangat bersopan santun. Dia menghormati wanita dan seorang pendengar yang baik

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Zizi sebelum ini mendedahkan dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.

 

Zizi terbuka hati melihat keikhlasan Yusuf dalam perhubungan.

 

Meskipun jarak usia tujuh tahun, namun Zizi berkata dia tidak melihat perbezaan itu sebagai penghalang cinta mereka.

Malah, dia melihat Yusuf sebagai seorang lelaki matang dan sudah bersedia untuk mengemudi alam rumah tangga.

“Saya tak melihat perbezaan usia antara kami… walaupun dia muda dari saya tapi dia cukup matang, dengar dia bercakap saya rasa dia macam seorang abang pula.

“Yusuf seorang yang sangat bersopan santun. Dia menghormati wanita dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sangat mengutamakan keluarga, itu antara ciri-ciri yang membuatkan saya j4tuh cinta.

 

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan majlis resepsi dijangka pada Disember depan.

 

“Walaupun perkenalan kami singkat dan jarang berjumpa tapi saya nampak keikhlasan yang ditunjukkan, dia serius ingin membawa hubungan kami ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Ditanya mengenai kerjaya seni selepas ini, penyanyi lagu Eh ini berkata suaminya tidak menghalang untuk dia meneruskan minat dalam bidang ini.

“Kami masing-masing menyokong antara satu sama lain. Tiada halangan untuk meneruskan karier seni.

“Apabila dah berkahwin masing-masing pasti tahu batasan dan sebagainya, jadi tak ada masalah. Lagi pun bidang ini memang tempat kami cari rezeki,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *