Hiburan

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana dikhabarkan bernikah bulan depan?

PANGGILAN sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu rakaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian menurut sumber kepada mStar.

 

Rakaman Yusuf memanggil Zizi ‘sayang’ menjadi tular.

Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Sebelum ini kec0h apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

 

Zizi sebelum ini akui tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Yusuf.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

Penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Jika benar khabar gembira ini kita doakan urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button