Hiburan

[VIDEO] Shuib mahu ‘bersara’ dari dunia hiburan?, Ini penjelasan beliau

Selepas pemergiaan isteri tercinta, Allahy4rhamah Siti Sarah, pelawak Shuib mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang program hiburan buat sementara waktu.

Ujarnya, keputusan tersebut diambil susulan jadual hariannya yang kini sudah berubah 100 peratus selepas isterinya men1nggal dunia pada 9 Ogos lalu.

 

“Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pramatang.

“Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu,” kata pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahy4rhamah Siti Sarah malam tadi.

Tambah bekas penyampai radio Hot FM itu, dalam tempoh ‘berehat’ tersebut, dia juga masih dalam fasa untuk membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anaknya.

Bahkan, dia juga sempat berseloroh apabila terasa pelik dirinya kini memegang gelaran bapa tunggal.

 

“Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka men1nggl dun1a.

“Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga,” katanya lagi.

Berkaitan perniagaan, Shuib bersyukur kerana pihak pengurusan syarikatnya sangat memahami situasi dan dia hanya memantau pernigaannya dari rumah sahaja.

“Alhamdulillah mereka sangat faham dengan situasi saya sekarang.

“Syukur rezeki yang Allah beri melimpah-limpah,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib kini menjaga empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash selepas pemergiaan isteri tercinta pada 9 Ogos lalu.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur ak1bat C0v1d-19.

 

 

 

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber:– K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *