Global

Terg4nggu bunyi bis1ng biri-biri, Ronaldo bawa keluarga pindah ke rumah baru

CRISTIANO Ronaldo dan keluarganya terpaksa berpindah ke kediaman baharu selepas kerap kali dig4nggu oleh bunyi bis1ng kambing biri-biri.

Bintang berusia 36 tahun yang baru menyertai Manchester United itu dilaporkan terp4ksa mengambil keputusan sedemikian kerana amat mementingkan rehat yang mencukupi sebelum dan selepas perlawanan bola sepak.

Ronaldo berpindah ke sebuah kediaman dengan tujuh bilik berharga £3 juta (RM17 juta) milik bekas bintang Manchester United.

Sebelum ini dia dan keluarganya menghuni kediaman berharga £6 juta (RM34 juta) di kawasan berkeluasan 23 ekar.

Namun Ronaldo bersama pasangan, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka terp4ksa berpindah dalam tempoh kurang seminggu angkara kambing biri-biri selain bimb4ngkan keselamatan.

 

“Walaupun hartanah itu cantik dan dikelilingi padang menghijau, ia terletak berdekatan dengan kawasan biri-biri yang sangat bis1ng pada awal pagi.

“Ronaldo seorang pemain profesional sebenar yang memerlukan rehat yang mencukupi selepas perlawanan, jadi keputusan terbaik ialah berpindah,” demikian menurut sumber.

 

Kediaman baharunya yang terletak di Cheshire mempunyai kolam renang, bilik pawagam dan empat garaj kereta selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), pagar elektrik dan dipantau pengawal keselamatan. – Thesun

Terdahulu, Manchester United mengesahkan Cristiano Ronaldo bakal membuat kepulangan sensasi ke Old Trafford selepas mencapai persetujuan dengan Juventus.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu dijangka menandatangani dua tahun perjajian dengan syarat diberikan visa dan lulus dalam ujian perubatan.

United dilaporkan bersetuju membayar 20 juta euro (RM98 juta) kepada kelab gergasi Itali itu dengan bonus sehingga 3 juta euro (RM14.78 juta).

“Manchester United gembira mengesahkan bahawa kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan,” kata United dalam satu kenyataan.

Terdahulu, bintang Portugal tersebut dikaitkan ke Manchester City, namun selepas khabar angin itu bertiup kencang kira-kira selama 48 jam, ejen Ronaldo, Jorge Mendes hari ini mengesahkan kelab itu tidak lagi berminat untuk mendapatkan penyerang terbabit.

Ronaldo bakal membuat kepulangan semula selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford bagi menyertai Real Madrid diikuti Juventus.- AGENSI

 

Sumber:mstar via utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button