Viral

Di sebalik hasil s0lekan cantik, jurumekap ini ded4h hanya sekolah sampai Form 4 – “Belajar sendiri, tak pernah kursus sebab tak cukup duit”

Video hasil solekan ke atas diri sendiri oleh Manja meraih perhatian ramai di TikTok.

HASIL solekan gadis berusia 18 tahun ini menerima pujian ramai selepas video miliknya tular di aplikasi TikTok.

Namun di sebalik solekan dan warna yang terhias cantik pada wajahnya, terselindung kisah mengenai dirinya yang tidak diketahui ramai.

Menurut Nurul Nazirah Roslan, dia hanya mempelajari teknik solekan menerusi video tutorial sahaja dan tidak pernah mengikuti sebarang kelas kerana masalah kewangan.

“Saya belajar mekap ketika berusia 13 tahun. Pada masa itu, saya hanya tiru video-video tutorial mekap. Saya tak pernah masuk kelas atau kursus mekap kerana tak cukup duit.

“Kemudian masa tingkatan tiga, saya mula ambil upah untuk mekap pengantin. Impian saya kalau boleh nak berjaya macam MUA Bella. Nak jadi jurumekap profesional.

“Saya juga bekerja sebagai jurumekap untuk senangkan adik-beradik, nak banggakan ibu dan dan bantu keluarga,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Manja, jurumekap muda dari Behrang, Perak itu mendedahkan dia sudah tidak bersekolah sejak tingkatan empat.

Ujar anak ketiga daripada lima beradik itu, ada yang turut mempersoalkan jalan hidupnya, namun dia menerima semua itu dengan hati yang terbuka.

“Saya berhenti sekolah masa tingkatan empat. Saya diberhentikan kerana lama tak pergi sekolah. Ketika itu saya balik kampung, tapi saya lupa nak maklumkan kepada sekolah.

 

Manja mula mempelajari seni solekan ketika berusia 13 tahun.

“Kehadiran saya ke sekolah juga agak teruk, saya pun tak minat nak belajar. Tapi kadang-kala ada juga perasaan menyesal.

“Ramai juga yang tanya dan persoal hal itu. Mereka kata sayang sebab tinggal setahun lagi untuk habiskan sekolah. Tapi nak buat macam mana, dah salah saya,” ujarnya lagi.

Mahu fokus terhadap masa depan sebagai jurumekap, Manja akui terkejut apabila video dia menyolek diri sendiri tular dan meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

Ada yang tanya, berapa inci saya mekap? Ada juga yang tak percaya itu wajah saya.

MANJA

Namun kata Manja, dia juga ada menerima komen negatif, termasuklah yang mempersoalkan ‘ketebalan’ mekap yang dibuat pada wajahnya.

“Ada juga yang komen negatif, tapi saya tak layan. Ada yang tanya, berapa inci saya mekap? Ada juga yang tak percaya itu wajah saya.

“Kemudian ada juga lelaki yang kata dia lebih suka wajah natural. Komen negatif ada, tapi tak banyak. Saya hanya nak fokus pada yang positif,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Manja berkata dia turut terjejas sejak tahun lalu gara-gara banyak majlis kahwin ditunda dan dibatalkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 

Manja menyimpan hasrat untuk bergelar jurumekap berjaya suatu hari nanti.

“Dulu boleh dapat duit lebih. Boleh mekap untuk sanding, untuk akad nikah lagi. Sejak PKP, orang dah tak bersanding. Banyak yang akad nikah saja.

“Memang saya terjejas. Tapi tak apalah, saya anggap itu saja rezeki saya. Sejujurnya rindu suasana macam dulu waktu ada kenduri.

“Lepas mekap mesti pengantin akan jemput saya makan. Sekarang, lepas mekap terus balik sebab dah tak ada kenduri,” ujarnya lagi.

Selain mencari wang sebagai jurumekap, Manja sebelum ini pernah bekerja menjual keropok di sebuah gerai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) berdekatan rumahnya.

Kini, dia fokus bekerja sebagai jurumekap sahaja dan pada masa sama turut menyolek diri sendiri untuk content di media sosialnya.

 

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *