Viral

Tiga Wanita Tiba Di Hosptal Jadi Bualan Netizen Disangka ‘Nurse’, Rupanya…

Disangka jururawat dalam kalangan netizen, tetapi sebenarnya bukan.

Begitulah reaksi warganet terhadap sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan tiga wanita berpakaian seragam warna kelabu di sebuah h0spital.

Namun sangkaan itu mel3set apabila ketiga-tiga mereka sebenarnya pembantu rumah yang digelar ‘bibik’, hadir ke h0spital untuk menerima svntik4n v4ks1n C0vldl9.

 

Tiga pembantu rumah Farah merupakan warga Indonesia.

Majikan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Farah Syazwani berkata, dia membawa tiga pembantu rumah warga Indonesia untuk menerima d0s pertama v4ks1n pada minggu lalu di sebuah h0spital swasta di Kuala Lumpur.

 

Wanita berusia 27 tahun itu mengakui pakaian seragam yang dipakai ketiga-tiga pembantu rumahnya berusia antara 25 dan 35 tahun itu turut dipakai di rumahnya yang terletak di Selangor.

“Mereka pakai uniform di rumah. Setiap baju ada nombor dan nama khusus supaya baju mereka tak tertukar dan senang diuruskan.

“Setiap seorang ada 10 pasang, warna berbeza mengikut hari. Isnin pakai baju hitam, Selasa biru gelap, Rabu merah jambu, Khamis hijau gelap, Jumaat kelabu, Sabtu hitam dan Ahad biru gelap,” katanya kepada mStar.

Farah berkata, dia membawa ketiga-tiga pembantu rumahnya yang berkhidmat sejak tiga tahun lalu untuk menyvntik v4ks1n sebagai langkah berjaga-jaga ketika p4ndem1k C0vldl9.

“Saya ambil langkah berjaga-jaga dari kesihatan, terutama saya mempunyai dua anak yang masih kecil iaitu kategori yang belum boleh div4ks1n.

 

“Kesemua mereka menerima d0s v4ks1n atas tanggungan saya sendiri dengan kos keseluruhan lebih RM1,000.

“Mereka juga yang ditugaskan sebagai pengasuh untuk anak-anak saya, selain menguruskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas dan membasuh baju,” ujarnya sambil menambah anak lelakinya kini berusia tiga tahun dan anak perempuan berumur setahun.

 

Farah bersikap prihatin dengan memastikan semua pembantu rumahnya turut div4ks1n.

 

Menurutnya, dia mengambil pendekatan untuk membawa pembantu rumahnya ke h0spital swasta bagi mengelakkan mereka terded4h kepada ris1ko j4ngkit4n C0vldl9, memikirkan lambakan warga asing di pusat pemberian v4ks1n (PPV) tertentu.

“Sebagai langkah selamat, saya buat appointment dengan pihak h0spital sebelum membawa mereka untuk menerima suntikan v4ks1n,” kata Farah.

Sebagai majikan, kita perlu menghargai pekerja walau sekecil-kecilnya. Kita kena peka keperluan mereka. Bila mereka rasa dihargai, mereka lebih gembira dan ikhlas bekerja

FARAH SYAZWANI

Usahawan dalam bidang eksport dan import itu berkata, dua pembantu rumahnya dari Jakarta, manakala seorang lagi berasal dari Malang di Jawa Timur, Indonesia.

“Syukur Alhamdulillah kesemua mereka tiada kesan sampingan. Yang penting mereka gembira div4ks1n, kasihan dengan keluarga mereka di kampung ada yang masih belum dapat v4ks1n,” katanya sambil menambah ketiga-tiga pembantu rumahnya merupakan ibu tunggal.

 

Farah menyifatkan tiga pembantu rumahnya begitu penyayang, amanah dan rajin.

Mengulas lanjut, Farah menyifatkan kesemua bibiknya sebagai pekerja yang begitu penyayang, amanah dan rajin.

Seorang bibik pandai jaga anak-anak saya, boleh nampak naluri keibuannya. Seorang lagi pantas buat kerja, dan mudah ingat. Dia sentiasa mengingatkan saya dalam banyak perkara.

“Manakala seorang lagi pula pandai mengemas rumah, sangat bersih… tak akan jumpa walau sehelai rambut di lantai. Bila lipat baju, memang tersusun ikut warna dan saiz.

“Apa yang paling saya terh4ru apabila ketiga-tiga mereka sanggup kumpul duit guna gaji masing-masing untuk belikan hadiah hari jadi untuk kedua-dua anak saya.

“Sebagai majikan, kita perlu menghargai pekerja walau sekecil-kecilnya. Kita kena peka keperluan mereka. Bila mereka rasa dihargai, mereka lebih gembira dan ikhlas bekerja,” katanya.

Komen netizen:

 

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *