Hiburan

Bakal Jumpa Ayash Affan Hari Ini, Shuib Teringat ‘Pesanan’ Siti Sarah

Sebelum ini, media melaporkan bahawa anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘Allah SWT hadiahkan berita gembira’

 

Menerusi perkongsian di Instagram semalam (12 September 2021), Shuib meluahkan rasa syukur kerana hari ini dia bakal bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Menurut Shuib yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 semalam, berita gembira yang diterimanya itu merupakan satu ‘hadiah’ yang sangat bermakna buat dirinya.

Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.

 

Lebih menyentvh hati apabila Shuib memaklumkan hari ini merupakan hari dan kali pertama dia bakal melihat dan menyentuh Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.

Posting terbaru

 

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahy4rhamah Siti Sarah kepadanya. Allahy4rhamah pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’

InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

 

Terdahulu, Shuib memutuskan untuk menjadikan sepupunya sendiri sebagai ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu.

Sumber: Shuib Sepahtu

Kredit: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *