Hiburan

‘Tiada lagi sambutan hari lahir bersama’ – Tarikh lahir hanya berselang tiga hari

Kuala Lumpur: Kebiasaannya September adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin untuk meraikan ulang tahun kelahiran mereka bersama-sama.

Shuib dilahirkan pada 12 September, manakala  Siti Sarah pula 15 September, hanya berselang tiga hari tetapi pada tahun yang sama, 1984.

Namun, kini segala saat manis dan keriangan sambutan hari lahir itu hanya tinggal kenangan apabila Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, Shuib memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran pada hari ini yang diraikan oleh tiga anaknya.


   “Tahun ini tiada sambutan hari lahir bersama, 12 September/ 15 September 1984. 37 tahun yang tersangat luar biasa untuk Shahmira Bin Muhamad. Alhamdulillah, syukur di atas segala rahmat dan nikmat,” tulisnya.

 

Difahamkan sambutan itu dibuat semalam ketika Shuib membawa keluarganya beriadah di sebuah kawasan rekreasi air terjun susulan Lembah Klang kini beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.


Justeru, hantaran dibuat Shuib itu menerima lebih 300,000 tanda suka dari pengikutnya berserta ucapan ulang tahun daripada rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein, Ajak Shiro, Sharif Zero dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, Shuib juga menerima ucapan hari jadi istimewa daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.

 

Terdahulu, sebulan lalu Shuib kehilangan isteri tercintanya, penyanyi Siti Sarah yang men1nggl dun1a akibat Cv1d-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.

Sumber: Metro Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button