Hiburan

Hero Remaja 2021 dilabel wajah ‘berker4k’, Michael Ang tak sy0k peserta pakai face mask – “Orang nak tengok muka!”

BELUM sempat memasuki pasaran industri hiburan sebenar, peserta Hero Remaja 2021 sudah berdepan ‘sep4k ter4jang’ dunia selebriti yang tidak pernah lekang dengan kritikan.

Lebih pedih apabila krit1kan awal itu muncul daripada pengarah terkenal, Michael Ang yang banyak mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan.

Menurut Michael, dia kecewa apabila episod pengenalan rancangan pencarian pelapis bakat remaja di negara ini yang disiarkan pada Sabtu malam gagal menepati standard yang diharapkan penggiat seni.

“Saya agak keliru dengan tajuk dan content. Kata nak cari hero remaja yang mana kita semua tahu akhirnya mereka semua nak jadi artis atau pun dengan kata lain jalan pintas untuk capai kemasyuran.

“Tapi kenapa dalam show macam nak cari Ironnan (acara sukan triathlon). Tunjukkan la yang mereka semua boleh berlakon, buat modelling dan cungkil bakat mereka.

 

Penampilan peserta Hero Remaja yang memakai pelitup muka dalam episod pertama.

“Ni apa kena mengena dengan berkhemah… pasang khemah, PLKN ke? Tapi mungkin baru episod satu, jadi banyak benda nak kena cungkil lagi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu Michael turut berkongsi foto beberapa peserta rancangan berkenaan dengan kritikan ped4s daripada perspektifnya sebagai seorang pengarah dan penerbit.

Mengulas lanjut tentang rancangan yang menampilkan 12 finalis berumur antara 19 hingga 24 tahun itu, Michael turut mempertikaikan tentang tapisan dalam kalangan peserta.

Setakat ini saya tak nampak lagi aura mereka yang boleh diambil berlakon.

MICHAEL ANG

PENGARAH/ PENERBIT

Katanya, dia mengharapkan para peserta yang dipilih mempunyai wajah dan perwatakan menarik untuk diketengahkan sebagai pelapis dunia hiburan.

“Saya bukan nak h1na wajah mereka berkerak… samakan dengan budak Central Market atau yang bersepah (melepak) di Dataran Merdeka.

“Tapi mereka sebagai peserta tak ada beza dengan orang biasa. Cuba la dandankan rambut, pakai skin care.

“Rasanya bukan saya saja yang fikir macam tu, saya yakin orang di luar pun cakap… muka macam ni boleh masuk Hero Remaja?” katanya.

 

Barisan 12 finalis Hero Remaja 2021.

Bercerita tentang masa depan para peserta tahun ini, Michael berkata selepas menonton episod pertama dia belum yakin tentang perkara itu.

Malas jelasnya, arahan penganjur agar para peserta memakai penutup muka ketika penggambaran dibuat juga seolah-olah menghilangkan rasa teruja untuk terus menonton.

“Kita faham la dalam keadaan p4ndemik, tapi kerajaan dah benarkan penggambaran di negeri fasa 2.

“Apabila dah dibenarkan jadi tak perlu la pakai mask. Ini tidak… semua peserta pakai face mask tapi hos pakai face shield. Orang nak tengok muka peserta.

Merrqeen merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2020 yang berjaya menempatkan diri dalam bidang seni.

“Setakat ini saya tak nampak lagi aura mereka yang boleh diambil berlakon. Tak semestinya yang menang tu adalah yang terbaik untuk kita pilih.

“Macam yang tahun lepas saya ambil Meerqeen sebab dia ada aura, daripada cara dia bercakap dan menjawab soalan kita tahu dia boleh berlakon,” katanya.

Program Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos.

Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi juri tetap bersama Datuk Rosyam Nor.

Sumber: mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *