Hiburan

Cik B Tak Setuju Vida Kahw1n, Ded4h Selalu G4duh Dengan Iqbal -‘Mama Bila Berc1nta, Dia Macam C1nta But4’

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mended4hkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli. Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Cik B tak setuju Vida kahwin

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi. Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta but4.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.

Dedah selalu g4duh dengan Iqbal

 

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali berg4duh.

Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu g4duh dengan dia. G4duh tu bukan g4duh biasa biasa. Saya g4duh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontr0versi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius. Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

 

 

Sumber: Melodi

Kredit: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button