Viral

Buka gerai tepi jalan selepas cuti tanpa gaji, peniaga air terkedv dapat mesej kawan sekolah di Instagram – “Nak m4rah tak boleh, saya diam je”

P4ndem1k C0vldl9 yang melanda sejak lebih setahun lalu banyak mengubah kehidupan rakyat kita.

Selain hidup dalam norma baharu, ada sebilangan individu mengalami perubahan dalam kerjaya mereka.

Begitu juga dengan perunding kewangan berusia 24 tahun ini apabila dia diberi cuti tanpa gaji sejak empat bulan lalu.

 

Shafeyy mula berniaga pada Julai lalu.

Enggan bersed1h, Shafeyy Azmi sebaliknya tampil dengan alternatif lain untuk menampung hidup dengan menjalankan perniagaan kopi Vietnam di sebuah gerai di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Saya mula berniaga sejak Julai lalu. Sekarang p4ndem1k C0vldl9, kerja pun macam tak ada. Jadi saya pilih berniaga untuk tambah pendapatan.

“Saya sebenarnya bekerja sebagai consultant di sebuah bank dan sudah hampir empat bulan cuti tanpa gaji. Dalam keadaan sekarang, nak cari client pun susah, sebab itu saya pilih untuk berniaga.

“Saya berniaga air kerana ia tak serumit berniaga makanan. Saya juga ada sedikit pengalaman berniaga, dulu jadi dropship produk wajah,” ujar si bujang yang mesra disapa Shaffey.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia mengakui turut berhadapan pelbagai cab4ran berniaga, namun tetap kuat demi mencari pendapatan untuk diri dan keluarga.

“Kita fikir diri kita, bukan orang lain. Sebab ada komitmen nak dilunaskan tiap bulan, saya tak fikir mengenai kesvsahan berniaga. Tak fikir sangat, tapi saya buat saja.

Sejujurnya awal berniaga dulu ada rasa m4lu, tapi lama-lama saya jadi seronok.

SHAFEYY

“Penerimaan juga sangat baik, Alhamdulillah. Cuma biasalah bila berniaga gerai tepi jalan, kadang-kadang hujan. Ada pasang surutnya.

“Mak ayah juga menjadi kekuatan saya. Mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sokong bisnes saya.

“Ada juga yang kenal saya, mereka singgah membeli, bersembang dan bagi kata-kata semangat,” ujarnya yang menetap di Kajang.

Disebalik sokongan yang diterima, ada juga insan yang mempersoalkan pilihan Shafeyy untuk berniaga gerai minuman di tepi jalan yang diusahakannya dengan seorang lagi rakan niaga.

 

Shafeyy (kiri) mengusahakan gerai itu bersama seorang rakan kongsi.

Ded4h Shafeyy, dia menerima mesej di Instagram daripada seorang individu yang bertanya apakah dia tidak m4lu berniaga di tepi jalan?

“Kau bukan kerja bagus ke? Tak malu ke berniaga tepi jalan sekarang,” tulis individu itu.

 

Menurut Shafeyy, dia tak sangka akan menerima mesej berkenaan, namun menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk dia meneruskan bisnes.

“Tak sangka ada orang perhatikan kita. Yang saya tahu, dia dulu satu sekolah dengan saya. Saya terkejut dan agak kecil h4ti. Tapi saya tak kisah, sebab dia tiada di tempat saya.

“Saya cuma reply dia dan maklumkan bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Saya ambil mesej itu sebagai satu pembakar semangat. Nak m4rah tak boleh, saya diam saja.

“Sejujurnya awal berniaga dulu ada rasa m4lu, tapi lama-lama saya jadi seronok. Saya kena kuat untuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *