Hiburan

[VIDEO] Sharnaaz ajak Caprice berdamai, mengaku kerap bergurau kasar – “Sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf”

CERITA panas perbal4han antara Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap Caprice nampaknya cepat sejuk apabila pelakon itu segera tampil menyelesaikan salah faham antara mereka.

Enggan memanjangkan isu lagi, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterl4luqn.

 

Mahu menyelesaikan masalah antara mereka secara peribadi, Sharnaaz turut memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.

“Sejak pagi, semua netizen tahu yang aku ada isu dengan Caprice. Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok di belakang.

“Aku rasa, secara peribadi apa gurauan dari Jordan sampai sekarang… mungkin agak keterlaluan. Aku sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf.

“Selain daripada itu, terpulang kepada pihak dia. Biar urusan ini aku selesaikan dengan dia,” kata Sharnaaz.

Pelakon berusia 36 tahun itu membuat permohonan maaf kepada Caprice menerusi video yang dimuat naik di Instastory pada Jumaat.

Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok di belakang.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Dalam pada itu, Caprice menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia sudah menerima permohonan maaf tersebut.

“Selamat datang ke Damansara. Pihak kita terima permohonan maaf tersebut dan Caprice pun kalau lebih-lebih tadi minta maaf sebab kita pun tak lunch lagi… lapar.

“Insya-Allah selepas kuar4ntin Caprice sampai dan minum sama-sama,” ujarnya.

Terdahulu, gelagat Sharnaaz Ahmad mengusik rakan selebritinya iaitu Shukri Yahya semasa Instagram live pada malam Khamis akhirnya mengundang rasa kurang senang Caprice.

 

Caprice mahu bersemuka dengan Sharnaaz selepas dia selesai menjalani tempoh kuar4ntin.

Walaupun Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama, namun filter memakai serban dan slang gaya percakapannya semasa bersiaran dipercayai menyerupai penyanyi rap berkenaan.

Gurauan Sharnaaz itu ternyata membuatkan Shukri tidak tahan ketawa hingga dia bertindak menyembunyikan wajahnya.

Enggan berdiam diri, Caprice segera memuat naik video yang sama di Instagram dengan suntingan menambah klip drama lakonan Sharnaaz berjudul Suamiku Encik Sotong.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, pulang ke Malaysia pada 6 September selepas dua bulan berada di Mesir dan Jordan.

Menerusi laporan mStar, Caprice berkata dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum kembali menguruskan beberapa urus niaga yang tertangguh.

 

Sumber: mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *