Hiburan

“Masyaallah..” Fazura Teruja Dapat Hadiah Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor.

PETALING JAYA – Aktres popular Fazura menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 37, dalam InstaStory miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menunjukkan dia menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.

 

Dalam kad yang dikirim, tertulis ucapan terima kasih daripada Permasuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.

 

Mengagumi keperibadian baginda , Fazura menitipkan ucapan terima kasih buat atas beberapa hadiah yang dikirimkan kepadanya.

“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin.

“Menjunjung kasih Tuanku. ‘Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima’.

“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.

Fazura bagaimanapun tidak mende.dahkan alasan kiriman Permasuri Selangor buat dirinya.

Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isteri juga pernah mencuri tumpuan ramai apabila menerima bungkusan hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Ogos lalu.

Sumber:K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button