Fitri Haris sun4tkan bayi usia 2 bulan, ramai pula yang terkejvt – “Sejujurnya t4kut tak sempat, saya dan isteri asyik fikir m4t1 je”

KETIKA tidak ramai ibu bapa yang sanggup sunatkan anak lelaki mereka ketika masih bayi, penyanyi Dr Fitri Haris mengambil pendekatan berbeza apabila mengkh4tan si kecilnya pada usia lebih dua bulan.
Menurut Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 36, selain mengikut sunah Rasulullah SAW, dia dan isteri tidak mahu terlepas momen berkenaan sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka.
“Sejujurnya terfikir umur dah nak dekat 40 tahun… saya tengok ramai kawan-kawan seusia dah men1nggl dn1a.
“Jadi saya dan isteri buat keputusan selagi ada masa lebih baik terus buat walaupun baru sunat… takut tak sempat.
“Kiranya kami tak nak terlepas tengok momen anak berkh4tqn. Saya dan isteri asyik fikir fasal m4t1 je. Cuma tak boleh nak kahwinkan sekarang je,” katanya kepada mStar.
Pada Sabtu Fitri berkongsi video proses mengkhatannya anaknya, Bilal Habibi yang dilahirkan pada 28 Jun lalu di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Perkongsian Fitri menarik perhatian pengikutnya yang turut ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses mengkh4tan anak lelaki ketika masih bayi berbanding amalan biasa pada usia sekitar tujuh tahun.
Bercerita lanjut tentang pengalamannya itu, Fitri berkata ibu bapa tidak seharusnya risau kerana ia adalah selamat jika memenuhi syarat.
Kiranya kami tak nak terlepas tengok momen anakberkhatan. Saya dan isteri asyik fikir fasal m4t1 je
FITRI HARIS
PENYANYI
“Yang bagus tentang sunat awal ni, pertama sekali dia mudah sembuh. Kira-kira 24 jam dah boleh sembuh berbanding dengan budak-budak yang sunat tujuh hingga lapan tahun.
“Mungkin disebabkan pemakanan, sebab bayi yang baru lahir ni dia punya antibodi tak sama. Baby minum susu yang kita tahu ada banyak khasiatnya.
“Jadi tak ada istilah nak bern4nah ke, pantang makan ke… sebab dia minum je. Jadi banyak kelebihan kita boleh dapat kalau sunat awal ni,” ujarnya.
Tambah Fitri lagi, pada mulanya dia sudah berhasrat untuk mengkh4tan anak lebih awal namun terpaksa ditunda sehingga usia mencecah dua bulan.
Momen anak Fitri Haris, Bilal Habibi dikh4tankan.
“Masa mula lahir tu dah nak kh4tankan tapi waktu tu ukur lilit kem4luannya belum cukup besar sebab dia pun lahir pramatang.
“Jadi masa tu tak boleh lagi, doktor cadangkan usia sebulan lebih atau dua bula.
“Prosesnya pun senang. Doktor guna bius macam biasa. Ibu bapa ada pilihan sama ada nak sunatkan guna laser atau ring. Saya buat pilihan guna laser seperti sunatkan budak-budak biasa,” katanya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: