Global

Dulu pelakon cilik sekarang dah dewasa… Steven Hao dikhabarkan hidup sus4h sampai terp4ksa berhenti belajar

LAMA tak dengar khabar pelakon berasal dari Taiwan, Steven Hao yang popular sebagai bintang cilik menerusi filem Shaolin Popey pada tahun 1994.

Steven mula mencipta nama sejak berusia tiga tahun dan lakonannya dalam beberapa filem aksi kung fu menerima sambutan hebat penonton seluruh dunia.

Berkongsi perkembangan terkini, penampilan pemuda berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan peminat yang tidak menyangka dia sudah melangkah ke alam dewasa.

 

Steven Hao masih aktif bergelar pelakon.

Menerusi laman sosial, Steven kerap memuat naik foto aktiviti dan kehidupan hariannya untuk tatapan pengikut.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Steven pernah hidup sus4h sehingga terp4ksa menjual ais krim bagi menampung kehidupan.

Dia juga mengambil keputusan berhenti pengajian di universiti kerana tidak berminat untuk meneruskan pelajaran pada tahun 2014.

 

Steven dikhabarkan pernah hidup sus4h.

Bagaimanapun berita itu tidak disahkan oleh pelakon ini kerana dia menghilang diri daripada industri seni hinggalah Steven kembali menerima tawaran drama bersiri pada tahun 2009.

Meskipun tidak membawa watak utama, namun beberapa filem lakonan Steven masih menerima sambutan hebat antaranya You Are The Apple Of My Eye dan Never Gone.

Steven Hao sebelum ini popular sebagai pelakon cilik membawa watak kanak-kanak yang hebat berkungfu.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *