Global

Cecah usia 55 tahun, hero telenovela ‘Rosalinda’ masih gagah tayang badan sad0… bahagia timang bayi kedua

MASIH ingat dengan telenovela popular dari Amerika Latin berjudul Rosalinda yang menjadi kegilaan penonton Malaysia pada tahun 2000?

Terbaharu penampilan terkini hero drama berkenaan iaitu Fernando Carillo mencuri tumpuan peminat.

Memasuki usia 55 tahun, Fernando yang membawa watak Fernando Jose Altamirano del Castillo dalam drama bersiri itu dilihat semakin gagah dan bahagia menimang cahaya mata kedua yang kini berusia lima bulan.

 

Fernando rajin bersenam.

Bukan sahaja memiliki tubuh yang sado, Fernando juga mempunyai beberapa ukiran tatu istimewa di badannya.

Meskipun usia semakin meningkat, Fernando berkata itu bukanlah penghalang untuk dia kekal aktif dan sihat seperti lelaki muda lain.

Malah, menerusi Instagram, Fernando kerap memuat naik foto menyertai aktiviti sihat seperti bersenam.

 

Fernando bahagia bersama isteri dan anak.

 

Penampilan terakhir Fernando di arena lakonan menerusi drama No Fear Of Truth dan filem Bendecidas.

Aktor kelahiran Venezuela ini menetap di Mexico bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez dan bayinya yang dilahirkan pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Catherine Fulop, Fernando memiliki seorang anak bernama Angel Gabriel Carrillo berusia 13 tahun.

 

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *