Hiburan

‘Muka pec4h rumah, ‘selenga’ tapi sangat beradab’ – Mamat Khalid

PETALING JAYA – Pengarah profilik, Mamat Khalid memaklumkan beliau sangat kagum dengan peribadi Azman Naim 44 Mantra yang disifatkan sangat kaya dengan budi pekerti dan kesantunan.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohd. Khalid ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, dia tertarik untuk mengambil Azman Naim berlakon dalam satu projek khas kerana yakin lelaki itu sangat berbakat dan istimewa.

“Pertama kali saya sedar dia mempunyai bakat yang sangat istimewa adalah ketika dia nyanyi parodi lagu raya. Kalau tak silap, dalam Instagramnya.

“Sejak itu, saya mula rasa budak ini punya sesuatu yang segar untuk diketengahkan kepada orang ramai. Dengan gaya bersahaja, muka ‘selenga’ dan mata yang langsung tak berkedip, itu buat saya rasa, dia mampu jadi satu karakter yang bagus.

“Saya rasa, itu karakter sahaja bukan diri dia yang sebenar. Diri dia yang sebenar sangat tersusun budi bicaranya dan itu yang boleh saya katakan selepas bertemu dengannya,” katanya.

 

Azman Naim bertemu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Ujar Mamat, watak untuk Azman akan diwujudkan iaitu adik kepada watak Cik Purnama lakonan Dewa Sapri dalam ‘universe’ (galaksi) Kampong Pisang.

“Kami pun berhubung melalui Facebook dan kemudian, sembang punya sembang, saya perasan muka dia macam Cik Purnama yang dilakonkan Dewa Sapri dalam Kampong Pisang.

“Saya fikir dia akan pegang watak adik kepada Cik Purnama namanya Cik Gerhana. Saya yakin dia boleh jayakan watak yang diberikan kepadanya itu dan kita pun dah berbincang untuk beberapa projek akan datang.

“Paling terkini, saya bikin projek pengumuman perkhidmatan awam (PSA) untuk satu agensi kerajaan kolaborasi antara Astro dan Kampong Pisang. Azman pun terlibat sama.

“Dah jalani penggambaran. Dia Azman datang dari Kulai, Johor ke Kuala Kangsar. Saya betul-betul terpikat dengan dia,” katanya.

Tegas Mamat beberapa kali, Azman atau nama sebenarnya, Mohd. Nur Azman Naim memang merupakan seorang manusia yang sangat beradab walaupun dari segi luaran dia bukan begitu dan sangat ‘keras’.

“Pertama kali jumpa dia depan mata, yang buat saya betul-betul terpikat adalah adab yang ditunjukkannya. Azman sangat-sangat beradab, ‘cool’ dan merendah diri walaupun muka dia ‘pec4h rumah’.

“Dia sangat istimewa dan tak sabar untuk tonjolkan keistimewaan yang ada pada dirinya dalam karya-karya saya berikutnya. Insya-Allah, kalau ada projek drama atau supertelemovie, saya akan pelawa dia untuk terlibat sama lagi.

“Itupun kalau dia nak terus nak jadi pelakon. Apapun, saya sebagai seorang manusia sangat kagum dengan percakapan dan peradaban dirinya. Itu yang membuatkan saya sangat tertarik untuk bekerja dengannya,” kata Mamat.

Terdahulu, nama Azman hangat diperkatakan selepas Tunku Ismail memuji dan mengulang siar sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik lelaki itu dalam Instagram.

Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instastory menulis ‘First Class’ sebagai pujian terhadap bakat Azman kerana berjaya menukar lagu My Way kepada My Sejahtera Way iaitu menjurus kepada keluhan orang ramai yang belum mendapat sunt1kan v4ksin Cv1d-19.

Rata-rata netizen turut mengagumi usahawan berkenaan kerana berjaya menghiburkan orang ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Ibarat kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, Azman mendedahkan kepada media, dia sudah ‘disambar’ Mamat Khalid dan menjalani satu projek khas dengan pengarah hebat terbabit.

Sumber:Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button