Hiburan

Isteri selamat bers4lin, Aman Graseka dikurniakan bayi lelaki

PeIakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat meIahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Menurut Aman, anak keduanya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.

” Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hspital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan.

” Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat,” katanya.

Kos bersalin isteri ditanggung seorang pelakon wanita

 

Sementara itu, Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan tersebut telah ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.

” Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,” katanya kepada HarianMetro.

Aman dan Nurul Amrina, 32, turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pndemik COVlD-I9 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka pada awal Julai.

Dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tetapi tiada bantuan dihulurkan.

Aman akhirnya menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.

 

” Mana lagi ikhtiar saya nak cari duit”

 

Itu luahan Aman pada Julai lalu yang meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,OOO yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

” Isteri nak bersalin. Situasi COVlD-l9 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” luahnya.

Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

” Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain.

” Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.

” Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.

” Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,OOO. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

” Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon Nurul Amrina setelah 10 tahun menduda.

Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun.

Sumber:hmetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button