Hiburan

“Kalau Hans jadi pemimpin, dia pun pilih Afdlin Shauki” – Sharol Shiro

KUALA LUMPUR : Pelawak dan Exco Pemuda Umno Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro menyelar tindakan pengarah dan pelakon Hans Issac yang didakwa menyindir barisan Kabinet baharu kerajaan menerusi satu hantaran video baru-baru ini.

Dakwa Shahrol, video yang dimuat naik oleh Hans dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu sindiran memandangkan ia dikongsikan selepas pengumuman barisan Kabinet yang baharu.

“Barisan yang dipilih diyakini mampu bekerja dgn baik. Jika Hans menjadi pemimpin pun, sudah tentu barisan yang dipilihnya adalah individu yang beliau senang bekerja dan saya yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki.

“Lihat sahajalah dalam realiti bagaimana dia banyak bekerjasama untuk menghasilkan karya kerana dia yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik.

“Jika pada pandangannya tidak sama dalam politik, dia pun telah menarik bersama Afdlin turut serta dalam parti dia. Bukankah itu untuk membentuk kerjasama atau pasukan untuk menjayakan agenda parti kamu?”katanya.

 

Shahrol berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instagramnya malam semalam.

Pada Ahad lalu, Hans telah memuat naik video memperlihatkan seorang penceramah dipercayai dari Indonesia mendakwa dalam jenaka bahawa pemilihan menteri di buat hanya bertanyakan soalan sifir dua darab dua.

Video yang dikongsikan oleh Hans dengan kapsyen bertulis ‘beri pendapat anda’ itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 50,000.

Selain itu, Shahrol berpandangan, sememangnya Kabinet terkini merupakan barisan kitar semula namun memberi hujah bahawa ketika zaman pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga rakyat terpaksa hidup dalam kesengsaraan.

“Kita sudah beri peluang barisan kabinet yang 90 peratus muka baru sewaktu zaman PH tapi rakyat sudah cukup sengsara waktu itu. Janji minyak turun, tol dihapuskan, pendidikan percuma adalah ungkapan penyedap halwa telinga semata. Adakah mungkin kerana zaman itu PM yang kitar semula?

“Maaf Hans, saya yakin kamu tidak akan koyak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik. Lagipun politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis. Selamat menyambut kemerdekaan ke-64 Malaysia,”katanya.

Sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *