Viral

Pemuda ini jadi individu etnik Kenyah pertama diterima masuk ke Universiti Oxford – “Saya bukan genius…”

SEORANG pemuda Kenyah dari Baram, Sarawak membanggakan masyarakat setempat apabila menjadi individu pertama daripada etnik itu yang diterima masuk ke Universiti Oxford dalam bidang Undang-Undang.

“Saya akan berusaha yang terbaik untuk tidak mensia-siakan peluang ini. Peluang ini bukan sahaja cabaran untuk diri sendiri tetapi kepada semua pelajar di Sarawak yang ingin membuktikan bahawa kita juga boleh lakukannya.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjadi guru saya sejak kecil. Vinsien Gau, bapa saya yang banyak memberi semangat untuk mengejar impian.

“Ibu saya, Maria Dun yang tidak pernah jemu mengingatkan saya untuk sentiasa merendah diri. Adik-beradik saya yang juga pencabar terhebat saya, yang meletakkan standard tinggi sejak awal.

“Semua pencapaian saya adalah kerana mereka yang sentiasa ada dalam hati saya,” katanya menerusi akaun Facebook.

 

Chris memberitahu keluarganya adalah sumber inspirasi kejayaannya.

Chris mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang di Magdalen College, Universiti Oxford di Britian dan dijangka memulakan pengajian pada Oktober depan.

Menurut Quacquarelli Symonds (QS), World Universitiy Rankings, Universiti Oxford adalah universiti terbaik di Eropah dan kedua di dunia selepas Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat.

Chris dibesarkan di Bintulu dan memasuki sekolah berasmara penuh sebelum menyambung pelajarannya di Maktab Rendah Sains Mara Mukah dan meneruskan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.

Meskipun pencapaiannya membanggakan, namun Chris tidak menganggap dia sebagai seorang pelajar luar biasa malah merasakan ada yang lebih hebat daripadanya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka tahu bahawa saya bukan seorang genius. Saya juga seperti orang lain, suka bermain futsal pada waktu petang dan keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu malam.

“Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Manfaatkan sepenuhnya. Sesiapa pun boleh berjaya dengan mengambil satu langkah,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *