Viral

Kek premium, harga ps1k0! Lulusan universiti ‘redah’ buka gerai ala bakeri di tepi jalan… lebih 50 kek ‘licin’ tak sampai setengah hari

JIKA sebut gerai tepi jalan, pasti kita akan terfikir lazimnya makanan ringkas yang dijual seperti nasi lemak, nasi berlauk, pisang goreng atau kuih-muih tradisional.

Namun berbeza pula dengan gerai tepi jalan ini yang menjual aneka kek serta pencuci mulut seperti yang dijual di bakeri.

Apa yang menariknya, kek yang menggunakan bahan premium seperti Biscoff cheesecake, burnt cheesecake, oreo cheesecake, pavlova dan macam-macam lagi dijual pada harga yang tidak masuk akal!

 

Keunikan gerai ini membuatkan ia menjadi tular sekali gus menjadi sebutan ramai di media sosial.

Menurut Noraida Ismail yang juga pemilik Warung Dessert Cik Da yang terletak di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah ini, dia mula berniaga aneka kek dan pencuci mulut di gerai sejak awal tahun ini.

“Saya dah mula berniaga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Masa tu hanya COD sahaja sebab PKP. Baru awal tahun ini saya berniaga di gerai. Masa tu saya bungkus dalam pek siap-siap.

“Hanya beberapa bulan baru-baru ni saya buat konsep ‘display’ macam dekat bakeri. Kalau nak diikutkan, pada awal meniaga, saya takut juga tak dapat sambutan atau rugi tapi mak bagi support dan dorongan.

“Kalau tak habis, kita sedekah…. kalau habis, Alhamdulillah. Dan syukur sangat, sambutan yang diterima memang tak dijangka. Setiap hari saya akan buat lebih 50 biji kek dan aneka pencuci mulut untuk jual di gerai dan vendor… semuanya habis.

 

Aneka kek dan pencuci mulut di Warung Dessert Cik Da.

“Sebelum buka warung lagi orang dah beratur… dan pernah juga bila dah nak tutup, orang masih datang. Saya rasa serba salah sangat kalau ada yang beratur tapi tak sempat beli sebab kek habis. Jadi saya akan buat extra lima atau enam biji kek,” ujar Noraida sambil menambah, kesemua kek tersebut dibuat olehnya sendiri tanpa bantuan pekerja.

Menurut wanita berusia 31 tahun ini, warungnya beroperasi seawal pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari dan kek serta pencuci mulut yang dijual berharga bermula RM1 sehingga RM8 setiap satu.

Berkongsi cerita mengenai konsep yang diketengahkan, Noraida berkata dia tidak kisah untuk meletakkan harga produk yang rendah berbanding harga normal di bakeri.

 

Seperti di bakeri! Namun harga kesemua kek dan pencuci mulut ini hanya antara RM 1 hingga RM 8.

“Di sini bukan macam Kuala Lumpur. Kadang-kadang ada yang takut nak cuba sebab mahal. Tapi bagi saya, biarlah semua dapat merasa. Ada tanya, boleh untung ke? Alhamdulillah, biarpun murah tapi semua pasti habis.

“Kiranya dapat ‘cover’ balik kos modal. Lagipun kita buat dalam kuantiti yang banyak. Kek burnt cheesecake adalah kek paling laris di warung saya,” ujar anak bongsu daripada lima adik beradik ini.

Bagi saya, biarlah semua dapat merasa. Ada tanya, boleh untung ke? Alhamdulillah, biarpun murah tapi semua pasti habis.

NORAIDA ISMAIL

PEMILIK WARUNG DESSERT CIK DA

Bercerita lebih lanjut, Noraida berkata dia sebenarnya bukan seorang lulusan dalam bidang bakeri atau kulinari, namun mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajarinya selepas menamatkan pengajian di universiti.

“Dari sekolah rendah lagi saya dah tolong mak dan ayah mengusahakan kantin di sebuah institusi pendidikan. Minat bisnes tu dah ada sejak kecil.

“Tapi mak minta saya sambung pengajian sampai dapat ijazah dulu, kemudian terserahlah saya nak bisnes atau pilih kerja lain. Selepas dapat segulung ijazah dalam bidang Psikologi Industri dari Unisel, saya belajar buat kek secara online dengan baker-baker yang pakar dan juga mak sendiri,” ujarnya yang dalam perancangan untuk membuka bakeri.

 

Orang ramai beratur seawal pukul 6.30 pagi lagi.

Belum pun genap dua tahun, Noraida bersyukur dan terharu apabila gerai tepi jalan miliknya mendapat perhatian ramai, bukan sahaja penduduk setempat malah di media sosial.

“Dekat media sosial, ada netizen yang dah list warung saya sebagai destinasi yang akan dikunjungi di Kedah. Ada juga yang komen menangis tengok harga kek… mereka suruh buka cawangan di Kuala Lumpur.

 

Kesemua kek dan pencuci mulut dibuat sendiri oleh Noraida tanpa bantuan pekerja.

“Tak kurang juga, ada yang minta tip berniaga. Ada yang DM, dia habiskan hampir RM200,000 ubah suai kedai, alih-alih PKP pula. Memang down. Bila mereka tengok perkongsian warung saya, ramai yang terinspirasi nak berniaga cara yang sama.

“Bagi yang nak berniaga, teruskan melangkah. Jangan fikir kena ada modal besar… cukup ada meja dan payung, dah boleh berniaga. Hanya antara berani atau sebaliknya sahaja,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *