Viral

Teruja lukis kek inspirasi Iman Troye, tapi hasilnya macam ‘ada batu jatuh atas kepala’… siapa sangka seorang ibu sanggup beli

LAIN yang dilukis, tapi lain yang jadi.

Begitulah nasib seorang wanita apabila lukisan menyerupai wajah seorang perempuan yang dibuatnya atas sebjiji kek selama lebih bertukar rupa.

“Ada batu jatuh atas kepala ke muka jadi penyek,” tulisnya menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

Wanita berkenaan, Intan Safarinazlin Omar memberitahu, dia merupakan penjual kek dalam talian dan kek marble berperisa creamy vanila yang dibuat pada lewat Jumaat malam.

Peniaga berusia 29 tahun itu berkata, ia merupakan tempahan seorang pelanggan yang mahu hiasan kek dengan lakaran seorang perempuan bertudung, sempena hari jadi adiknya.

“Selalu letak kek dan biarkan ia dibakar dalam oven sebab dah set masa. Tapi saya tergerak hari nak intai oven 10 minit sebelum siap, tengok-tengok lukisan tu dah berubah rupa.

“Puncanya sebab suhu tinggi sangat. Dah set termometer oven, mula-mula okay. Mungkin sebab dah hampir sebulan tak pakai oven tu, mungkin suhu berubah menjadi lebih tinggi.

“Bila suhu tinggi, kek tu ‘mengejut’ dan bahagian tengah kek akan berubah seperti berkedut,” katanya kepada mStar sambil menambah kek dibakar selama sejam dan 20 minit.

 

Kek marble yang dibuat Ayumi.

Sebelum kejadian, dia yang lebih dikenali sebagai Ayumi menghasilkan lukisan atas kek tersebut dan dikongsi menerusi video penstriman secara langsung di Facebook (FB live).

“Lebih sejam setengah saya live masa tu. Saya selalu buat FB live bila lukis kek dan tunjuk dengan followers. Selain lukis gambar orang, saya juga lukis bunga dan kartun.

“Saya excited sebab dah buat cantik-cantik. Lukisan perempuan bertudung tu saya mendapat inspirasi daripada wajah penyanyi Iman Troye… sebab saya suka lagu Iman selain follow dia di TikTok,” ujarnya yang mengusahakan bisnes kek sepenuh masa sejak 2018.

 

Ayumi menunjukkan kek dengan lukisan bermotifkan flora.

Menurut wanita yang berasal dari Kampung Pergau, Matu, Sarawak itu, dia reda dengan kejadian yang berlaku meskipun penat kerana turut membuat dekorasi kek-kek lain.

“Saya tetap membuat kek yang baru untuk customer tu menggunakan oven yang satu lagi esok pagi. Alhamdulillah, kek menjadi dan saya masih menyiapkannya on time,” katanya.

Tak sampai hati nak jual sebab lukisan dah tak nampak rupa. Tapi ada seorang akak tu nak sangat beli, katanya mahu menghiburkan anak-anaknya yang suka makan kek

AYUMI

Walaupun tidak menjadi, Ayumi yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu tidak membuangnya, tetapi berkongsi foto kek tersebut di Facebook.

“Tak sampai hati nak jual sebab lukisan dah tak nampak rupa. Tapi ada seorang akak tu nak sangat beli, katanya mahu menghiburkan anak-anaknya yang suka makan kek.

“Rasa kelakar, sebab patutnya sebagai customer, sudah tentu kita nak beli barang yang cantik. Tapi muka dah kemek masih ada yang nak beli,” tambahnya.

 

Ayumi membuat semula kek bagi menggantikan kek yang tidak menjadi.

Ayuni bagaimanapun bersyukur kerana masih pelanggan tersebut sudi untuk membeli kek berkenaan meskipun pada mulanya tidak bercadang untuk menjualnya.

“Baru saya tahu ada pelanggan yang tak pandang rupa sebab mereka tahu kek saya sedap. Saya terharu bila ada yang kata rupa tak ada tak apa, janji kek sedap.

“Sebagai peniaga, saya akan berhati-hati membuat persiapan lebih rapi untuk memastikan kek yang saya hasilkan bukan sahaja sedap tapi rupa kek tak ‘kemek’ lagi,” katanya.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *