Global

Wanita dil4rang lawat cimpanzi di zoo gara-gara mengaku mereka ‘berc1nta’

SEORANG wanita dil4rang melawat seekor cimpanzi di sebuah zoo di Belgium.

Larangan itu dibuat susulan wanita berkenaan membuat kenyataan bahawa dia dan haiwan itu ‘mempunyai hubvngan’.

Wanita tersebut, Adie Timmermans sering melawat Chita, seekor cimpanzi jantan berusia 38 tahun yang ditempatkan di Zoo Antwerp di Belgium, sejak empat tahun lalu.

Menurut Adie, dia dan cimpanzi itu menjalin ikatan yang kuat dan mereka ‘saling menc1ntai’.

Bagaimanapun, pegawai Zoo Antwerp memberitahunya bahawa dia tidak lagi boleh berhubung dengan Chita.

Mereka menjelaskan binatang itu telah dipinggirkan daripada kumpulan cimpanzi yang lain.

Bercakap kepada saluran berita ATV, Adie berkata: “Saya c1ntakan haiwan itu dan dia c1ntakan saya. Saya tiada punya apa-apa lagi. Mengapa mereka mahu mengambilnya?”

“Kami menjalinkan hubungan. Puluhan pengunjung lain dibenarkan untuk melawat. Jadi, kenapa saya tidak dibenarkan?,” soalnya.

Menurut pihak zoo, kesejahteraan Chita mungkin terganggu dan mereka hanya mahu haiwan itu gembira.

“Haiwan yang terlalu fokus kepada orang akan kurang dihargai oleh rakan sejenisnya. Kami mahu Chita menjadi cimpanzi sebaik mungkin,” kata mereka. – India Times

Kredit: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *