ISU SEMASA

“Thank you Ni sentiasa ada di sisi Sabri” – PM pamer sisi romantis, kongsi nukilan khas buat suri hati bahagia dapat isteri susah senang bersama

DI sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri negara yang kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kelihatan begitu menghargai isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Beliau pada pagi Ahad berkongsi satu nukilan khas buat ‘kekasih hatinya’ itu menerusi laman Instagram sehingga ia mencuri perhatian rakyat Malaysia.

“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengannya ketika saya berumur 19 tahun.

“Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga,” imbas Ismail Sabri.

Jelas beliau, isterinya merupakan individu yang tidak gemar menjadi perhatian ramai dan jarang membuat kemunculan di khalayak ramai.

Dalam posting sama, Ismail Sabri turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang sentiasa berada di sisi sejak dulu hingga kini.

 

Ismail Sabri meluangkan masa bersama isteri tercinta.

“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia.

“Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama,” tulis beliau.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan dan doa buat pasangan itu.

Untuk rekod, Ismail Sabri secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri pada Sabtu selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Umno menerima perkenan Agong untuk dilantik mengisi jawatan itu selepas memperoleh 114 sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Kredit: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *