Viral

“Kami tak jual, siapa nak boleh ambil” – Selepas tanam sayur di laman rumah untuk sedekah, 2 jejaka bujang tak sangka dapat permintaan lain

SIAPA sangka, bermula dengan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya halaman rumah bertukar menjadi kebun sayur-sayuran.

Jangan terkejut, hasil tuaian sayur-sayuran berkenaan bukanlah untuk dijual sebaliknya disedekahkan kepada jiran tetangga!

Share rezeki… semua lepas ambil nak bayar, tapi saya cakap tak payah. Ambil je,” demikian kapsyen pada perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik kebun sayur berkenaan sedang mengagihkan sayur-sayuran yang ditanam di halaman rumahnya kepada beberapa jiran tetangga.

Sehingga kini video itu meraih hampir 38,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang memuji sikap mulia si pemilik kebun.

Berkongsi cerita dengan mStar, Zulkifli Ahmad berkata idea untuk bercucuk tanam sayur-sayuran itu tercetus secara spontan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) dilaksanakan pada Jun lalu.

“Asalnya sekadar hobi suka-suka saja. Nak kata saya minat sangat nak bercucuk tanam, tidak juga. Tapi masa PKP tu nak keluar pun tak boleh, jadi saya bersama seorang rakan serumah, Jorizal Yazit, perlahan-lahan mula menanam sayur.

“Asalnya sebelum ini cuba tanam stevia tapi tak menjadi… jadi tukar tanam sayur pula. Syukur Alhamdulillah, seronok pula tengok hasilnya kali ini menjadi. Dulu tanah dekat laman bahagian tepi ni tumbuh rumput je… sekarang ni dari belakang hingga depan penuh dengan pokok-pokok sayur.

“Niat kami memang nak sedekah saja… jiran-jiran yang satu lorong dengan rumah kami semua dapat sayur free.

 

Zul (kiri) dan rakannya, Jorizal mula mengusahakan kebun sayur-sayuran di halaman rumah mereka sejak Jun lalu.

“Rumah teres kami ni dekat dengan kedai runcit. Bila ada orang lalu lalang dan nampak kebun sayur ni, mereka tanya nak jual ke? Kami beritahu tak jual, siapa nak boleh ambil. Ramai nak bagi duit lepas ambil sayur, tapi memang niat kami nak sedekah,” cerita jejaka berusia 34 tahun ini.

Lebih senang disapa sebagai Zul, lelaki ini berkata terdapat hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di kebun mini mereka antaranya kailan, kacang panjang, bendi, cili, terung, sawi, bayam, tomato dan lain-lain lagi.

 

Hampir 10 jenis sayur-sayuran yang ditanam di halaman rumah dua jejaka ini.

“Kami banyak belajar atau rujuk di YouTube macam mana nak semai anak benih dan cara penjagaan pokok. Alhamdulillah menjadi. Tak sangka selepas viral video tu, ramai pula nak minta tip macam mana nak bercucuk tanam.

“InsyaAllah nanti saya akan muat naik video berasingan untuk kongsi tip tersebut. Terharu sangat bila ramai yang memuji, ada yang nak datang singgah, ada yang cakap ‘tangan sejuk’.

Ramai nak bagi duit lepas ambil sayur, tapi memang niat kami nak sedekah.

ZULKIFLI AHMAD

“Mungkin sedikit sebanyak saya warisi daripada arwh mak… arwh mak saya memang suka bercucuk tanam sama ada pokok sayur mahupun hiasan,” ujar penjawat sektor swasta ini yang menetap di kediaman jenis teres di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Tambah Zul lagi, memandangkan dia dan rakan serumahnya bekerja, mereka akan memperuntukkan masa setiap hujung minggu di kebun sayur berkenaan.

“Kalau hari-hari biasa, tengoklah waktu terluang sama ada pagi atau petang selepas pulang kerja. Tapi kalau weekend, memang kami all-out. Best sangat tengok pokok-pokok menghijau dekat laman.

 

Hasil tuaian sayur-sayuran disedekahkan kepada jiran tetangga.

“Sebagai orang bujang, dari tak buat apa-apa, kami cuba manfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim Cv1d-19, boleh juga membantu mana yang boleh.

“Nak membantu atau bersedekah tak semestinya dengan wang ringgit. Seronok sangat bila tengok orang happy… kita pun tumpang happy sekali. Sambil-sambil tu boleh juga keluarkan peluh,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *