Viral

Amb0i! Kucing gar4ng bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ – “Suami saya hadiahkan, tapi dia pun t4kut Ciko”

KEHADIRAN kucing comel yang memiliki berat lebih empat kilogram (kg) ini membawa makna yang cukup besar buat pemiliknya.

Menurut Hannah Adlina Hafizal, 23, kucing yang digelar Ciko itu dihadiahkan oleh suaminya, Hafiz Izzwan, 26, sekitar empat tahun lalu ketika mereka belum lagi mendirikan rumah tangga.

Kelihatan comel, namun siapa sangka Ciko sebenarnya kucing yang gar4ng dan suk4r mesra dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Saya jaga Ciko seekor saja, tak boleh ada kucing lain. Saya pernah ambil kucing luar juga, tapi Ciko gar4ng dan tak mahu ada kawan.

“Saya bela Ciko dah empat tahun. Ia merupakan hadiah daripada suami ketika kami masih berstatus tunang. Jadi Ciko dah ada dengan saya sejak zaman bujang sehinggalah dah kahwin.

“Pada awalnya Ciko sangat gar4ng. Dengan saya pun Ciko tak mahu. Nak bagi makan tak boleh terus pegang, memang kena pakai sarung tangan untuk elak kena cak4r,” ujarnya yang mesra disapa Hanna.

Menurut wanita itu lagi, Ciko mula berubah dan semakin rapat gara-gara satu panggilan istimewa yang diberikan olehnya.

 

Video Ciko mencuri perhatian ramai di TikTok.

Namun kata Hanna yang menetap di Bangi, Selangor, Ciko masih lagi bersikap dingin terhadap orang luar dan suka menyakat suaminya yang agak pen4kut terhadap haiwan itu.

“Dengan Ciko kena cakap lembut-lembut. Saya panggil ‘sayang’ baru Ciko jadi manja. Ciko pun dah terbiasa saya panggil dengan gelaran ‘sayang’ sejak dulu lagi.

“Tapi kalau orang yang Ciko tak kenal atau dah lama tak jumpa, memang Ciko gar4ng dan akan kej4r. Memang susah nak mesra.

“Suami saya pun takut dengan Ciko. Ciko pula suka kacau kalau tahu ada yang t4kut dengannya. Ciko suka menyakat suami saya, suka kej4r dan cak4r sampai suami terp4ksa minta tolong dengan saya,” ujarnya berseloroh.

Menurut Hanna yang mendirikan rumah tangga pada tahun lepas, dia masih belum mendapat rezeki cahaya mata dan menganggap Ciko sebagai penghibur dalam hidupnya.

Ada juga netizen kata susah dapat zuriat sebab bela kucing. Saya masih menanti dan berserah rezeki kepada Allah.

HANNA

“Ciko merupakan penghibur. Ada juga netizen kata susah dapat zuriat sebab bela kucing. Saya masih menanti dan berserah rezeki kepada Allah.

“Kucing pun haiwan kesayangan nabi. Kucing pun mendoakan kita. Tapi ramai sebenarnya yang mesej tanya pasal Ciko.

“Mereka nak tahu Ciko makan apa dan macam-macam lagi. Kadang-kala dan tiga hari baru sempat tengok mesej tu semua.

 

Hanna bersama suaminya.

“Saya risau orang fikir saya sombong. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan jawab. Yang penting bila bela kucing, penjagaan makanan dan bulu sangat penting.

“Selain itu, kita juga kena luangkan masa dengan kucing. Kena dukung, kena belai. Saya kalau stress balik kerja, tengok muka Ciko terus rasa tenang,” ujarnya yang bekerja di sebuah kilang.

Dalam pada itu, salah satu video Hanna bersama Ciko di TikTok turut meraih sehingga 2.7 juta tontonan.

Untuk rekod, Hanna memiliki lebih 220,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *