Isu F1tnah Diva AA, 4 jam Rozita Che Wan beri keterangan kepada p0lis – “Sebagai perempuan tentu rasa terh1na”

SUSULAN laporan berhubung kenyataan berb4ur f1tnah terhadap pengacara Azwan Ali, aktres Rozita Che Wan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama suami Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab memasuki IPD kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beredar sekitar pukul 4 petang Selasa.
Rozita ketika ditemui di luar perkarangan IPD memberitahu dia hadir hanya untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung lap0ran yang dibuat Azwan atau Diva AA pada 13 Ogos lalu.
Che Ta bersama suaminya Zain Saidin tampil memberi keterangan.
“Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali.
“Saya tidak ada buat lap0ran (polis) hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terl1bat.
“Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu” ujar Rozita kepada mStar pada Selasa.
Berkongsi lanjut tentang permulaan kemelut antara mereka, Rozita mengakui dia memb4las h1naan yang dilemparkan Azwan di Instagram berikutan terlalu marah.
Saya jawab status dia sebab dia mengh1na saya.
CHE TA
PELAKON
Namun dia memadam status di Instagram itu selepas sejam dimuat naik bagi mengelakkan keadaan menjadi keruh.
“Saya jawab status dia sebab dia mengh1na saya. Sebagai perempuan of course la rasa terh1na dengan perkataan yang dia gunakan mel4mpaj dan mem4lukan.
“Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. lepas itu saya fikir balik saya taknak bergaduh,” katanya.
Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita pada Jumaat lalu.
Pada Jumaat lalu Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita dengan mendakwa aktres berkenaan memf1tnahnya apabila menud0h dia mengambil r4suah.
Sebelum itu Azwan terlebih dahulu berkongsi foto Rozita ketika mengambil suntikan v4ksin dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.
Menerusi laporan i pada 10 Ogos lalu, Azwan bercadang untuk mengemukakan sam4n berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana did4kwa telah memf1tnahnya.
Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan sam4n tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.
Sumber: mStar