Hiburan

Terbeb4n bayar sewa bulanan, Atu Zero bakal tutup kedai

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, mendedahkan dia kini dalam pertimbangan menutup kedai perniagaan kek lapis dan butiknya di Setia Alam, Selangor selepas semakin terbeb4n membayar sewa premis itu.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif mengakui dia sebenarnya berat hati untuk melepaskan premis terbabit, namun itu saja cara terbaik buat masa ini demi mengawal kewangannya.

Menurutnya, perniagaan kek lapis bersama isterinya Shafeeqa Johari, 35, itu masih akan diteruskan tetapi hanya beroperasi dari rumah saja.

“Memang sayang rasanya apalagi kedai itu sudah kami ubah suai serta sewanya agak berpatutan. Namun begitu, buat masa ini memang kami semakin terbeb4n untuk membayar sewa bulanannya.

“Kami pun sudah memaklumkan kepada pemilik premis itu untuk memberi laluan kepada penyewa baharu yang lebih berkemampuan jika ada. Kami dengan rela hati sudi melepaskannya.

“Buat masa ini, kami akan tengok keadaan dulu bagaimana tapi kemungkinan besar memang terpaksa menutupnya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pendapatan kami mer0s0t serta masih perlu bayar komitmen lain seperti rumah dan kereta,” katanya.

 

Atu mengakui buat masa ini dia perlu mengawal belanja apalagi industri hiburan masih dil4rang untuk beroperasi. Justeru, banyak hal perlu dipertimbangkannya sebelum dapat dibenarkan kembali bekerja semula kelak.

“Kali terakhir saya terbabit aktiviti seni adalah menerusi Muzikal Lawak Superstar 2. Selepas itu, bila PKP 3.0 memang sudah tiada pekerjaan selain perniagaan kek lapis dan butik berkenaan.

“Meskipun pendapatan jual kek lapis masih ada, tapi perniagaan makanan lain tak dapat dijalankan di premis itu kerana larangan makan di dalam kedai. Justeru, kami berfikir untuk menutupnya saja,” katanya.

Dalam pada itu, Atu mengakui terharu apabila mendapat kata-kata sokongan daripada Ustaz Ebit Lew yang menyuruh mereka untuk tidak berputus-asa.

“Beliau ada juga menyatakan keinginan untuk membantu perniagaan kami. Namun begitu, kami meminta beliau lebih baik dulu membantu program pengurusan jen4zah yang kami jalankan di Kudat, Sabah,” katanya.

 


Sumber: Metro Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button