“Tak Tahu Apa Yang Gerakkan Hati, Saya Sendiri Hantar DM”- Aliff Aziz Dapat Hidayah Sertai Kumpulan Tabligh

Umum mengetahui mengenai kontr0versil panas yang melibatkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berulang kali sebelum ini. Namun, Aliff kini tampil dengan perubahan baru selepas diberi hidayah Allah untuk kembali kepada fitrah.
Hidayah datang masa scroll Instagram
Menurut Aliff, 30, bermulanya penghijrahan dia kepada Allah adalah Instagram (IG) di mana dia ternampak perkongsian IGTV daripada Faizal Ismail (FBI).
Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram…macam-macam orang post. Tiba-tiba terlintas perkongsian abang FBI, dia pun dah pakai kopiah… saya pun tengok IGTV dia sampai habis.
Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya… saya sendiri hantar DM (mesej langsung) di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.
Hati mula g0yah cari alasan tak nak pergi
Tambah pemilik nama Muhammad Aliff Aziz, selepas beberapa hari dia dihubungi oleh seorang wakil daripada jemaah berkenaan yang mempelawanya untuk keluar selama tiga hari.
Bagaimanapun akuinya, ketika itu hati dia berbal dan g0yah selain cuba menggunakan alasan temu janji doktor bagi melepaskan diri daripada sertai jemaah tersebut.
Tapi akhirnya apabila saya fikir balik, tiada siapa pun yang p4ksa. Maksudnya Allah yang gerakkan hati saya untuk DM tabligh.
Saya fikir dan terus nekad untuk turut serta. Kalau saya tolak peluang ni, saya tak boleh nak salahkan kalau tak dapat apa yang dia nak bagi.
Seronok dilayan baik
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 27, bersyukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekati Allah.
Bercerita lagi dengan wajah yang tenang, dia juga gembira apabila diberi layanan yang baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat.
Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita. Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah. Tapi hakikatnya mana mungkin yang mendengar rasa apa yang kita rasa.
Kalau nak rasa memang saya syor jangan lepaskan peluang tu. Sepanjang keluar saya nampak adab in real life.
Aliff berkongsi perkara berkenaan menerusi video berdurasi 14 minit yang mengupas tajuk ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.
Sejak pelbagai kontr0versi menghimpitnya, pelantun lagu Sayang-Sayang itu berusaha memperbaiki dirinya untuk melakukan perubahan. Dia juga mahu membuang t4tu pada badannya.
Sebelum ini, Aliff juga memutuskan untuk tinggal bersama keluarganya di Singapura sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram @dakwahtablighmalaysia, @iamaliffaziz
Kredit: Ohbulan