Viral

Pelukis kidal seb4k lukis potret Siti Sarah – “Tak jual, nak hadiahkan kepada Shuib”

MALAYSIA bagaikan berduka apabila penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin men1nggl dn1a akibat C0v1d-19 pada Isnin lalu.

Selain rakan selebriti, peminat, pemimpin politik dan kerabat diraja, pemergian pilu itu turut dirasai oleh seorang pelajar lelaki yang menzahirkan rasa sedihnya menerusi satu lukisan potret.

Menurut Mohamad Amir Ridzuan Abd Samad, 22, dia mendapat ilham untuk menghasilkan potret Siti Sarah kerana sudah lama meminatinya dan menganggap ia sebagai satu tribute untuk isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu.

“Saya hasilkan potret arwh pada hari Khamis. Saya berjaya siapkan lukisan itu dalam lima ke enam jam sahaja.

“Saya sememangnya meminati lagu-lagu arwh. Pada masa sama, saya tengok ramai yang terkesan dengan pemergiannya. Begitu juga saya.

“Ia menjadi ilham kepada penghasilan potret itu. Memang rasa sedih masa lukis potret arwh,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amir, dia turut menyimpan hasrat untuk menyerahkan potret itu kepada keluarga Siti Sarah jika diberi kesempatan dan peluang pada masa akan datang.

 

Amir mula melukis sejak kecil lagi.

Menurut penuntut bidang Seni Bina Landskap itu, dia yang berkongsi hasil karya berkenaan menerusi Instagram dan TikTok turut menerima tawaran untuk menjual potret berkenaan.

“Bila saya post hasil lukisan itu di TikTok, ramai yang view. Ada juga yang nak beli potret Siti Sarah. Tapi saya tak nak jual.

Untuk yang baru-baru nak melukis, boleh saja rujuk YouTube. Saya sendiri banyak belajar menerusi YouTube dan Instagram.

AMIR

“Kalau ada rezeki, saya nak hadiahkan kepada Shuib. Nak serahkan kepada keluarga arwh. Kalau tidak, saya hanya akan simpan potret itu,” ujarnya lagi.

Menurut pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu, dia sudah meminati seni lukisan sejak kecil lagi dan kini aktif menjual hasil karyanya di media sosial.

 

Potret Siti Sarah yang dihasilkan oleh Amir.

Imbas Amir, minat itu bermula ketika zaman sekolah dan dia sama sekali tak menyangka ia sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan buatnya.

“Minat melukis sejak kecil lagi. Cuma ia mula terserlah ketika saya ambil subjek Pendidikan Seni masa tingkatan empat.

“Minat saya terhadap seni ini terbuka. Saya cuba semua. Tapi saya suka lukis potret sebab nak jelmakan benda hidup.

 

Amir merupakan penuntut UMK dalam bidang Seni Bina Landskap.

“Tapi sepanjang bersekolah dulu, saya tak masuk pertandingan melukis sebab saya tak yakin. Tapi saya ambil tempahan potret dengan harga RM20 ketika sekolah.

“Sekarang cuti semester, pun saya ambil tempahan. Sekarang satu potret saya hasilkan dan jual pda harga sekitar RM50 atau RM60,” ujar pelukis kidal itu.

Dalam pada itu, Amir juga menitipkan pesan kepada pelukis muda di luar sana agar sentiasa yakin dengan karya masing-masing dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam diri.

 

Antara lukisan yang pernah dihasilkannya.

“Saya pun tak pandai sangat melukis, tapi untuk yang baru-baru nak melukis, boleh saja rujuk YouTube. Saya sendiri banyak belajar menerusi YouTube dan Instagram.

“Buat latihan banyak-banyak sehingg ada keyakinan. Alhamdulillah, setakat ini saya juga belum pernah terima sebarang komen negatif ke atas karya saya,” ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button