Hiburan

Bukan tawarkan susu badan sendiri, Syatilla Melvin jelaskan kekeliruan mahu jadi ibu susuan Ayash Affan.

SELEPAS pendedahan pelawak Shuib Sepahtu tentang hasrat Syatilla Melvin menawarkan diri menjadi ibu susuan kepada anak pramatangnya, aktres itu tampil menjelaskan kekeliruan yang terjadi mengenai perkara itu.

Ujar Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, tawaran itu bukanlah daripada susu badannya namun milik seorang rakan yang baru selesai berpantang.

Bagi mengelak kekeliruan tentang berita dia mahu menjadi ibu susuan kepada anak Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang berusia enam hari, Syatilla berkongsi mesej perbualannya.

“Ini antara perbualan saya dengan Shuib semasa arwh Kak Sarah masih bertarung di ICU.

“Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah,” katanya.

 

Perkongsian Syatilla di Instagram.

Menerusi entri di Instagram, isteri kepada Shaheizy Sam itu memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan Shuib di aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu.

“Tilla WhatsApp ni tujuannya nak tolong anak Shuib kalau perlukan susu badan. Bayi pramatang sangat-sangat perlukan susu badan.

“Kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok.

Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

“Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider,” kata Syatilla.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

 

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak dengan Allahy4rhamah Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahy4rhamah Siti Sarah pada Rabu malam.

Siti Sarah, 37, mengh3mbuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v1d-19.

Allahy4rhamah menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button