Hiburan

Selepas 37 tahun beroperasi Restoran Rubiah Suparman, Habsah Hassan terp4ksa ditutup

 

PETALING JAYA – Selepas 37 tahun beroperasi sejak 1984, Restoran Puteri Brickfield milik bersama artis veteran, Rubiah Suparman dengan penulis lirik, Datuk Habsah Hassan yang terkenal dengan masakan kampung akhirnya terpaksa ditutup mulai semalam.

Perniagaan kedai makan tersebut terpaksa ditutup oleh kedua-dua sahabat karib itu selepas melalui pelbagai cabaran sejak p4ndemik C0v1d-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.

Ujar Rubiah yang merupakan pelakon popular asal Singapura itu, sejak Restoran Puteri Brickfield beroperasi, dia bersama Habsah telah melalui pelbagai cabaran terutama dari segi ekonomi, namun masih mampu bertahan.

 

“Kami berdepan dengan pelbagai cabaran sejak perniagaan restoran dibuka terutama pada pertengahan era 1980-an dan tahun 1997 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi.

“Bagaimanapun, alhamdulillah kami berjaya meredahi kesulitan itu dengan jayanya,” ujar Rubiah.

 

Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, keadaan perniagaan semakin hari semakin merosot kesan sampingan akibat p4ndem1k C0v1d-19 sehingga menjejaskan percambahan ekonomi dalam perniagaan.

Keadaan bertambah sukar apabila pemilik premis langsung tidak melayan rayuan untuk menurunkan kadar sewa iaitu sebanyak RM15,000 sebulan.

“Keputusan sedih yang terpaksa dibuat oleh kami berdua untuk menutup operasi adalah bagi mengelakkan hutang sewa terus tertunggak dari bulan ke bulan,” ujarnya.

Sementara itu, ujar Habsah, keputusan untuk menutup restoran yang diusahakan sejak lebih tiga dekad lalu itu memang berat dan menyedihkan.

“Tapi kami tiada pilihan lain. Pendapatan yang turun mendadak sejak hampir dua tahun kebelakangan ini menyukarkan lagi untuk kami meneruskan operasi.

“Kami pernah cuba untuk bertahan. Pendek kata kami berniaga hanya untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja. Namun akhirnya kami terpaksa akur dan mengaku kalah,” kata Habsah.

Sehubungan itu, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mengambil alih atau mahu meneruskan operasi restoran tersebut, boleh menghubungi Rubiah Suparman di talian 012-232 1947 untuk perbincangan lanjut.

sumber:  K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *