“Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. “Shuib mandikan Allahy4rhamah Siti Sarah selama 3 bulan setiap hari

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terus mengenang jalinan kasih sayang dan hubungan suami isteri yang dijalani selama 11 tahun bersama Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin.
Salah satu hal yang membuat hatinya berbunga adalah mengenang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama tiga bulan meninggalkan kenangan termanis buat dirinya.
Menurut pelawak yang juga usahawan tersebut, hal yang paling dikenang mengenai sikap manja arwh isterinya adalah bagaimana dia perlu menguruskan Sarah termasuk memandikannya setiap hari!
“Allahuakhbar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu.
“Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakhbar,” kenang Shuib sambil tersenyum.
Tambah Shuib dia bersyukur kerana Allah memberi dia kesempatan berkasih sayang dengan Sarah sehingga ke tahap itu sebelum mengambil bidadari syurganya pulang.
“Alhamdulillah, 11 tahun dia dipinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKPK tu 3 bulan kami bersama, lakukan aktiviti semua bersama sama, Allahuakhbar,” katanya lagi.
Pengakuannya itu membuatkan rakan rakan artis dan semua yang berada dalam sesi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.
Salah seorang sahabat pelawak, Fad Bocey malah ikut berseloroh menjadi tindakan Shuib yang memandikan Sarah setiap hari.
“Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari,” seloroh Fad.
Aktor Shanaaz Ahmad yang turut berada dalam sesi bacaan Yassin yang disertai oleh lebih 600 tetamu itu turut berseloroh.
“Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan,” katanya disambut tawa Shuib dan yang lain.
Selain berkongsi kenangan memandikan Sarah setiap hari selama tiga bulan, duda yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anaknya, termasuk anak keempat yang baru dilahirkan beberapa hari lalu juga mengatakan dia menjadi tukang urut bibadari syurganya itu.
“Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya sambil tersenyum.
Dalam sesi yang berlangsung lebih sejam itu, rakan rakan seperti Nabil Ahmad, Mark Adam, Zulhuzaimy malah pelumba Hafiz Shahrin turut menyampaikan takziah dan meniupkan kata semangat buat Shuib agar terus kuat demi anak anak dan orang yang memerlukannya.
Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata.
Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, menghembvskan naf4s terakhir pada pukvl 5.13 pagi Isnin di Pusat Pervbatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dit1durkan pada 4 Ogos lalu akibat ser4ngan w4bak c0v1d-19.
Allahy4rham menjalani pembed4han mengeluarkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada usia kandvngan lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.
Jenazah Allahy4rham dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukvl 1.20 petang, Isnin.
Siti Sarah men1nggalkan suami, Shuib Sepahtu atau Shahmira Muhamad dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq mat!n, 6, dan Ayash Affan yang kini masih dalam pemantauan di PPUKM.
Siti Sarah juga disenangi oleh ramai wartawan dan saat dia terlantar sak!t di hospital, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut menganjurkan majlis bacaan Yasin dengan mengamanahkan urusan berkenaan kepada ahli Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang yang turut ditujukan juga kepada rakan-rakan artis lain dan petugas media yang turut dilanda musibah.
Instagram: @shuibsepahtu, @sitisarahraissuddin
kredit:,Gempak