‘Saya dan anak-anak yakin, pasti belum masanya…’

Kuala Lumpur: Saya dan anak-anak yakin yang Sarah akan balik,” kata pelawak Shuib sebaik selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung secara maya, sebentar tadi.
Shuib berkata, dia hilang kata-kata sebaik doktor memaklumkan keadaan isteri tercinta, Siti Sarah yang dilaporkan sedang ‘bert4rung ny4wa’ apabila bacaan tahap oksigen menurun kepada 40 peratus.
“Saya mohon maaf sebab sebelum saya sertai sesi ‘live’ ini memang kebetulan doktor baru saja hubungi saya dan maklumkan keadaan Sarah yang tidak berapa baik.
“Itu yang saya tiba-tiba hilang ayat. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya yakin dan pasti selagi belum masanya, belum masanya.
“Saya mohon anda semua terus doakan Sarah. Tak kisah berapa pun bacaan oksigennya,” katanya lagi.
Menurut Shuib, dia turut memohon kepada individu yang mengenali Siti Sarah untuk mengampunkan segala salah dan silapnya.
“Saya harap kalian ampunkan segala kesalahan, halalkan makan minumnya. Semoga segala urusannya dipermudahkan.
“Saya juga minta kepada semua orang untuk terus tiupkan semangat kepadanya. Kita tak tahu apa yang dia tengah fikir, tapi kita harapkan dia boleh dengar doa kita. Dia memang perlukan sokongan kita semua,” katanya.
Terdahulu Shuib berkongsi keadaan terkini Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.
Katanya tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dij4ngkiti C0V1D-19.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.
Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
Sumber: Metro Online