Alhamdulillah, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif- Shuib

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bert4rung ny4wa mel4wan C0v1d-19.
Bayi dah buka mata, menendang-nendang
Sementara itu menerusi perkongsian terkini, Shuib berkongsi keadaan bayi mereka yang kini sudah memberi reaksi positif.
” Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan ( bayi baru lahir pramatang 7 bulan). Dr Faiz HUKM beritahu alhamdulillah pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan bayi stabil.Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan InsyaAllah Aminn..” tulis Shuib.
Shuib update perkembangan baby
Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pram4tang selepas menjalani pembed4han selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.
Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terp4ksa ditidurkan.
Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.
Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini
SHUIB SEPAHTU
PELAWAK
Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.
Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.
“Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.
“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.
Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak
“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.
Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif C0v1d-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah dis4hkan positif v1rus m4ut tersebut.
Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.