Hiburan

[VIDEO] “Ampunkan isteri saya… apa pun keadaan lepas ni saya reda” – Shuib

DOA dan terus berdoa.

Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang bert4rung ny4wa kembali pulih.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni… anak-anak semua mendoakan dia.

“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang mel4wan C0v1d-19 ni,” ujarnya.

Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak mengubah dirinya menjadi lebih matang.

 

Shuib bersama isterinya Siti Sarah.

Shuib turut memohon agar semua yang mengenali mereka memaafkan sekiranya isterinya itu pernah menyakiti mana-mana phak.

“10 tahun saya kenal Sarah dia yang mendewasakan saya. dia banyak mendoakan saya.

“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya… saya yakin dia akan balik. Semoga doa semua dapat permudahkan perjalanannya,

“Saya reda dengan ujian Allah ni, saya yakin setiap ujian ada kebaikan. Ampunkan isteri saya, doakan dia… saya mohon sangat sedekah doa untuk dia, apa sahaja keadaan lepas ni saya reda,” katanya.

Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Shuib berkata demikian pada majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang bert4rung mel4wan C0v1d-19 secara maya pada Jumaat malam.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembed4han selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (1CU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya mer0s0t dan tidak stabil.

 

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *