Hiburan

Syahmi Sazli tak merungvt ‘income’ YouTube jatuh… lega dapat bantu jiran ‘buat duit’ RM100,000 dalam masa 2 minggu

HAMPIR empat bulan saluran YouTube ‘bersawang’ tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan p4ndem1k C0v1d-19.

Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang.

Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu.

“Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas.

 

Syahmi akui rindu untuk kembali menghasilkan content YouTube.

“Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai.

“Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia… untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000,” katanya kepada mStar.

Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah.

SYAHMI SAZLI

YOUTUBER

Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta.

Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya (OKU) seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook.

 

Syahmi bersama isteri, Anissa Faizul dan anak mereka Ainul Mardhiah.

“Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama.

“Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je.

“Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah,” katanya.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *