Siti Sarah selamat jalani pembed4han tetapi keadaan agak kr1tikal. Shuib dedahkan jantina bayi

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan kira-kira pukul 5 petang Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan pengurus Siti Sarah daripada Indigital Music iaitu Nana Mohd Rom.
“Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi mesej ringkas kepada mStar.
Menerusi instagram pula, Shuib dedahkan keadaan baby dalam keadaan selamat tetapi memerlukan alat bantuan pernafasan cuma keadaan Sarah agak kritikal. Shuib juga memohon doa untuk Siti Sarah dan kepada sesiapa yang sedang bertarung ny4wa disebabkan c0v1d.
Sekitar jam 12 tengahari, hari ini, Nana memaklumkan Sarah sudah ditidurkan dan memohon mendoakan yang terbaik buatnya.
Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan penyanyi itu.
“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.
Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.
Trdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.
Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.
Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif C0v1d-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wab4k itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: mStar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.