Hiburan

Siti Sarah Dimasukkan Ke 1CU, Shuib Mohon Doa Buat Isteri dan Anak Dalam Kandungan

Sebentar tadi, pelawak Shuib  berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya yang juga penyanyi popular, Siti Sarah.

Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Doa 

Menurut Shuib, keadaan Sarah masih berada dalam keadaan tidak baik dan paras oksigennya juga tidak stabil. Susulan itu, Sarah yang sedang sarat hamil 7 bulan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Dalam perkongsiannya itu, Shuib turut memohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak di dalam kandungannya selain mengharapkan Allah SWT memberikan kekuatan buat mereka.

“Assalammualaikum Salam Jumaat semua,pag tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.Saya mohon di hari baik, hari jumaat, doakan Sarah dan anak di dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin. @sitisarahraissuddin #c0v1dfighter #06082021” tulis Shuib

 

Shuib Hilang Kata-Kata 

Menerusi laman Insta-story nya, Shuib berkongsi status memaklumkan dia seolah-olah telah hilang kata-kata dan menyerahkan segala-galanya pada ketentuan Allah.

 

Pada petang Rabu, pihak pengurusan Sarah, Indigital Music menerusi sebuah kenyataan kepada pihak Murai.my memaklumkan pelantun Manis itu dikejarkan ke HUKM Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga telah disahkan positif C0v1d-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wab4k tersebut.

Sumber: murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *