Hiburan

‘Kalau saya tahu pun, saya akan tutup aib dia’ – Zizan Razak

MELAKA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memberitahu, dia tidak akan mendedahkan identiti rakan pelawak yang disiasat berhubung kes pemerd4gang4n manusia bagi menutup a1b individu tersebut.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, dirinya dihujani pertanyaan berkenaan identiti sebenar pelawak yang disiasat itu, termasuklah melalui mesej secara terus (direct message) di laman sosial Instagram.

“Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.

“Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam baru saya semak mesej serta Google berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya pada saya,” katanya.

 

ZIZAN Razak memberikan makanan kepada seekor gajah ketika program sumbangan Mapim di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang pelawak ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, lelaki berusia 40-an berkenaan diberkas dalam serbuan Op Pintas yang dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) daerah selepas hasil risikan dan maklumat pihak polis.

Mengulas lanjut, Zizan berkata, sekalipun mengetahui identiti pelawak terlibat, dia memilih untuk ‘menutup mulut’ bagi menjaga aib rakannya.

 

“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup a1b. Jadi, pada saya, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu.

“Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,” katanya.

Sumber: utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button