Hiburan

Alami ‘morning sickness’ ter0k, Kaka Azraff mohon maaf jika gagal dihubungi

HAMIL anak kedua, penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengalami alahan yang ter0k pada usia kandungannya yang kini mencecah tiga bulan.

Selain muntah-muntah, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, berkata, dia juga tidak boleh menghidu bau tumisan bawang.

“Alhamdulillah usia kandungan dah nak masuk bulan ketiga. Bercakap mengenai alahan, kali ini saya alami alahan yang sedikit ter0k berbanding anak pertama dulu… dalam 30 minit sekali mesti saya akan pergi bilik air muntah-muntah.

 

Kaka bersama anak sulungnya, Aslan.

“Sejak hamil anak kedua, saya tak boleh masuk dapur lagi dah… memang saya tak boleh bau masakan bawang yang ditumis, padahal saya suka makan bawang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada ini, Kaka berkata, dia mengharapkan dikurniakan cahaya mata perempuan pada kehamilan kali ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Gila ini hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir yang sudah ditentukan Allah.

“Sejujurnya kalau boleh saya nak dapat anak perempuan kali ini, kalau dapat Alhamdulillah dah lengkap sepasang, tapi kalau tak dapat saya okay sahaja, semua saya serahkan pada rezeki Allah nak bagi,” katanya.

Bakal bersalin pada Februari tahun depan, Kaka juga berharap suami, Adam Azriff dapat menemaninya ketika proses bersalin itu nanti.

Sejujurnya kalau boleh saya nak dapat anak perempuan kali ini, kalau dapat Alhamdulillah dah lengkap sepasang.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

“Saya tak nak streskan diri fikir pasal benda ini lagi tapi adalah juga saya cari-cari mana hospital yang boleh suami temankan lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik sekarang ini.

“Kalau suami tak dapat teman pun, saya rasa okay sahaja sebab ini adalah kehamilan kedua jadi tiada masalah saya bersalin seorang kalau prosedur hospital tidak membenarkan untuk suami teman.

 

Keluarga bahagia Kaka.

“Di kesempatan ini juga, saya nak minta maaf sangat pada mana-mana pihak yang cari saya fasal kerja sebab bukan apa morning sickness saya memang sangat teruk dan selalu buat saya rasa pening-pening sampai tak sempat nak respons kalau ada mesej yang masuk di telefon,” ujarnya.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aslan yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *