Viral

“Saye dah lame tak ade kena mengena dengan si dia” – Bek4s Teman Lelaki Minta Netizen Hormat Dia Dan Dhabitah

Sejak minggu lalu, nama atlet terjun negara Nur Dhabitah sering menjadi bualan netizen di media sosial. Hal ini kerana, perwatakannya yang tak lekang senyum sepanjang beraksi di kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuatkan ramai mula jatuh hati padanya.

Selepas itu, mulalah satu per satu tentang kehidupan Dhabitah ni diselidik netizen dan turut tak terlepas hal berkaitan status penerjun itu sekarang.

Ex Bf kata tidak… 

Sebelum ini, Nur Dhabitah dikatakan menjalinkan hubungan bersama pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi dan foto mereka yang dilihat bersama juga turut tersebar.

 

Namun sejak perkara ini menjadi bualan ramai, Azhar telah tampil dan menafikan bahawa dia adalah kekasih kepada Dhabitah. Dia turut memaklumkan bahawa gadis tersebut pernah menjadi kekasihnya, tapi mereka dah lama berpisah.

Azhar turut ada memuat naik di Instagram story, dia meminta untuk orang ramai supaya menghormati dan memahami mereka berdua.

“Awak2 semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia, so plss laa hormat saya dengan si dia okay.” tulisnya

 

Dhabitah kata bukan

Spekulasi tentang hubungan Dhabitah dan Azhar seperti telah dimuktamadkan oleh penerjun negara itu sendiri.

Menerusi postingnya di story Instagramnya semalam, Dhabitah menafikan kenyataan sebuah portal hiburan yang menganggap bahawa Azhar adalah teman lelakinya itu. Walau bagaimanapun, dia mengiyakan bahawa dirinya sudah berpunya

 

Sebagai tambahan, Dhabitah bertanding di acara akhir 3 meter (m) papan anjal individu wanita, namun hasratnya untuk meraih pingat tidak kesampaian apabila dia berjaya menamatkan acara di kedudukan keempat menurut Harian Metro.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan pada Dhabitah sebab dah harumkan nama Malaysia!

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *